Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Kuala Lumpur International Airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا كوالا لومـڤـور
吉隆坡国际机场
கோலாலம்பூர் சர்வதேச விமான நிலையம்
Menara kawalan KLIA dan sebahagian lapangan terbang
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
Hak milikKhazanah Nasional
PengendaliMalaysia Airports
DestinasiLembah Klang (Selangor Tengah), Negeri Sembilan dan Melaka
LokasiSepang, Selangor, Malaysia
Dibuka27 Jun 1998 (1998-06-27)
Hab untuk
Zon masaMST (UTC+08:00)
Ketinggian AMSL70 kaki / 21 m
Koordinat02°44′36″N 101°41′53″E / 2.74333°N 101.69806°E / 2.74333; 101.69806Koordinat: 02°44′36″N 101°41′53″E / 2.74333°N 101.69806°E / 2.74333; 101.69806
Laman sesawangwww.klia.com.my
Peta
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur is located in Bumi
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Bumi)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
14L/32R 4,019 13,186 Konkrit asfalt
14R/32L 4,000 13,123 Konkrit asfalt
15/33 3,960 12,992 Konkrit asfalt
Statistik (2022)
Penumpang25,377,000 ( 532.6%)
Pergerakan Kargo (tan)660,040 ( 30.7%)
Pergerakan Pesawat198,378 ( 169.3%)
Rujukan: MAHB[1]

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا كوالا لومڤور); (Kuala Lumpur International Airport; singkatan: KLIA) (IATA: KULICAO: WMKK), ialah sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa di Malaysia, yang terletak di Selangor. lapangan terbang tersebut merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina dengan kos mencecah AS$ 3.5 bilion[2][3], KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.[4]

Lapangan terbang ini diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). KLIA juga merupakan hab utama bagi Malaysia Airlines, MASkargo, AirAsia dan AirAsia X. KLIA juga merupakan perhentian untuk "Laluan Kanggaru" bagi Malaysia Airlines. Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World).

Kod IATA untuk lapangan terbang ini, KUL sebenarnya diambil daripada lapangan terbang utama Malaysia yang terdahulu, Lapangan Terbang Subang.

Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara. Lapangan terbang ini terletak di Sepang, Selangor dan ia berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan.

KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.

  1. ^ [https://mahb.listedcompany.com/newsroom/MAHB_Traffic_Shanpshot_-_December_2022.pdf.
  2. ^ name="KLIA History"
  3. ^ "History of KLIA". JPAM KLIA. 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-05. Dicapai pada 2008-12-16.
  4. ^ "30 Busiest Airport in the World". ACI Asia Pacific. Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-04. Dicapai pada 2008-12-16.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search