Lapangan Terbang Changi Singapura

Lapangan Terbang Changi Singapura

Singapore Changi Airport

新加坡樟宜机场

சிங்கப்பூர் சாங்கி வானூர்தி நிலையம்
Menara kawalan ikonik Lapangan Terbang Changi Singapura
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam / Ketenteraan
Hak milikPemerintah Singapura
Pengendali
DestinasiSingapura
LokasiChangi, Kawasan Timur, Singapura
Dibuka1 Julai 1981 (beroperasi)
29 Disember 1981 (rasmi)
Hab untuk
Bandar tumpuan untuk
Zon masaSST (UTC+08:00)
Ketinggian AMSL6.66 m / 22 kaki
Koordinat01°21′33″N 103°59′22″E / 1.35917°N 103.98944°E / 1.35917; 103.98944Koordinat: 01°21′33″N 103°59′22″E / 1.35917°N 103.98944°E / 1.35917; 103.98944
Laman sesawangchangiairport.com
Peta
Lapangan Terbang Changi Singapura is located in Bumi
Lapangan Terbang Changi Singapura
Lapangan Terbang Changi Singapura (Bumi)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
02L/20R[N 1] 4,000 13,123 Konkrit asfalt
02C/20C[N 2] 4,000 13,123 Konkrit asfalt
02R/20L[N 3] 2,750 9,022 Konkrit asfalt
Statistik (2006)
Gerakan penumpang35,033,000
Gerakan pengangkutan udara dalam ton1,911,000
Gerakan pesawat214,000
Rujukan: laman web lapangan terbang,Singapore Changi Airport official web site</ref>, CAAS AIP.[6]

Lapangan Terbang Changi Singapura (Cina: 新加坡樟宜机场; pinyin: Xīnjiāpō Zhāngyí Jīchǎng; Inggeris: Singapore Changi Airport; Tamil: சிங்கப்பூர் சாங்கி விமானநிலையம்) atau secara ringkas, Lapangan Terbang Changi (IATA: SIN, ICAO: WSSS) adalah salah sebuah pusat penerbangan yang utama dalam Asia. Ia terletak di kawasan Changi di bahagian timur Singapura, sekitar 20 km (12 batu) dari Singapura pusat. Dikendalikan oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), Lapangan Terbang Changi merupakan pengkalan untuk Singapore Airlines dan mengendali 78 sistem penerbangan yang lain. Ia merupakan pusat kepada empat ribu penerbangan setiap minggu yang menuju ke 177 destinasi di seluruh dunia. Changi Airport mempunyai sekitar 13,000 orang kakitangan. Selain daripada menjadi pusat trafik penumpang yang penting, ia juga merupakan salah satu lapangan terbang kargo yang tersibuk di dunia dengan pengendalian 1,780,000 tan kargo pada 2004.

Lapangan terbang ini sedang mengalami pertumbuhan yang pesat. Pada tahun 2005, ia telah mengendali sekitar 32.43 juta penumpang, sebuah peningkatan 7% daripada tahun sebelumnya. Ini menjadikan ia lapangan terbang paling sibuk ke-26 di dunia dan ke-6 paling sibuk di Asia menurut jumlah penumpang. Insentif seperti Air Hub Development Fund yang diperkenalkan pada 2003, terbukti berkesan dalam menarik lebih banyak syarikat penerbangan ke sini. Sebuah dana baru berjumlah S$300 telah diagihkan untuk 2007 bagi memperkuatkan lagi status hab Changi apabila dana yang kini tamat pada 2006. Changi juga sedang menarik lebih banyak syarikat penerbangan kos rendah untuk menggunakan kemudahannya di Terminal Bajet yang telah dibina dengan harga 45 juta dolar dan dibuka pada 26 Mac 2006. Kejayaan berterusan dan pertumbuhan syarikat penerbangan Singapura, Singapore Airlines di arena penerbangan antarabangsa dan juga kemudahan yang banyak yang terdapat di lapangan terbang ini yang sering menjadi sebab utama kenapa ia sering dipilih sebagai salah satu lapangan terbang yang terbaik di dunia.

Namun pada tahun 2011, Lapangan Terbang Changi menjadi lapangan terbang paling sibuk di dunia dalam mengendalikan pesawat jenis Airbus A380. Lebih 200 penerbangan menggunakan pesawat keluaran syarikat Airbus itu dilakukan ke 10 bandar utama di seluruh dunia pada setiap minggu.

Menteri Pengangkutan Singapura, Lui Tuck Yew berkata, perkembangan rangkaian pengangkutan udara di negara Singapura menyaksikan Changi menjadi medium utama apabila mengendalikan lebih 6,000 penerbangan setiap minggu sejak November 2011.

Pada tahun 2011, Lapangan Terbang Changi telah menerima 23 anugerah dan masih memegang gelaran lapangan terbang paling banyak menerima anugerah di dunia.[7]

  1. ^ "FedEx opens flagship Asia hub". Singapore's Changi Airport (dalam bahasa Inggeris). Aircargonews.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2015. Dicapai pada 5 Oktober 2012.
  2. ^ "SIA-ANA pact will pave way for more flights, Japan destinations for Singapore consumers". Singapore Airlines, All Nippon Airways (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  3. ^ "Singapore Changi Airport – Updated Information and Data for Runway 02R/20L" (dalam bahasa Inggeris). [CNA]]. 4 November 2020. Dicapai pada 8 Februari 2020.
  4. ^ "Singapore Changi Airport – Updated Information and Data for Runway 02R/20L" (PDF). AIP Singapore (dalam bahasa Inggeris). Penguasa Penerbangan Awam Singapura. 22 Jun 2018. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 Ogos 2018. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  5. ^ "Singapore Changi Airport – Updated Information and Data for Runway 02R/20L". CNA (dalam bahasa Inggeris). CNA. 4 November 2020. Dicapai pada 8 Februari 2020.
  6. ^ AIP SINGAPORE WSSS AD 2-1 10 MAY 07, AIP SINGAPORE WSSS AD 2-11 18 JAN 07, AIP SINGAPORE WSSS AD 2-31 20 DEC 07
  7. ^ Utusan-Online: Lapangan Terbang Changi paling sibuk di dunia


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "N", tetapi tiada tag <references group="N"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search