Lautan

Pemandangan permukaan Lautan Atlantik
Peta dunia model lima-lautan dengan sempadan anggaran
Lautan di dunia dilihat dari Kutub Selatan

Lautan (Jawi: لاوتن) ialah jasad air yang sebahagian besar hidrosfera sesebuah planet.[1] Di Bumi, lautan ialah salah satu bahagian konvensional utama Lautan Dunia. Ia meliputi, dalam urutan menurun menurut wilayah, Pasifik, Atlantik, Hindi, Selatan (Antartika), dan Artik.[2][3] Frasa "lautan" atau "laut" yang digunakan tanpa spesifikasi merujuk pada badan air garam yang saling berhubungan yang meliputi sebahagian besar permukaan Bumi.[2][3] Sebagai istilah umum, "lautan" dibezakan dengan saiz berbanding "laut". Lebih tegas lagi, laut adalah jasad air (umumnya pembelahan lautan dunia) sebahagian atau sepenuhnya terkepung oleh darat.[4]

Untuk Lautan Selatan, pada beberapa negara dan kebudayaan di dunia, tidak dikenal sebagai suatu lautan tersendiri, melainkan terbahagi atas Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan batas selatannya pantai benua Antartika. Sementara pembahagian batas lautan oleh Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa, Lautan Selatan adalah bermula dari pantai benua Antartika sampai batas 60 derajat Lintang Selatan.

Lautan meliputi 71% permukaan bumi, dengan luas sekitar 361 juta kilometer persegi, isi lautan sekitar 1370 juta kilometer padu, dengan kedalaman rata-rata 3790 meter. (Perhitungan tersebut tidak termasuk laut yang tak berhubungan dengan lautan, seperti Laut Kaspia).

  1. ^ "WordNet Search — ocean". Princeton University. Dicapai pada February 21, 2012.
  2. ^ a b "ocean". Merriam-Webster. Dicapai pada February 6, 2012.
  3. ^ a b "ocean, n". Oxford English Dictionary. Dicapai pada February 5, 2012.
  4. ^ "WordNet Search — sea". Princeton University. Dicapai pada February 21, 2012.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search