Lebah

Lebah
Lebah madu mengutip debunga
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Superkeluarga:
(tanpa pangkat):
Anthophila
Famili

Andrenidae
Apidae
Colletidae
Dasypodaidae
Halictidae
Megachilidae
Meganomiidae
Melittidae
Stenotritidae

Sinonim

Apiformes

Lebah (Jawi: لبه) merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Terdapat kira-kira lebih 16,000 spesies lebah dikenalpasti dalam tujuh keluarga biologi diktiraf,[1][2] dan lebah-lebah ini boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartika, di setiap habitat planet yang ada tumbuhan berbunga.

Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka membawa jeli diraja ke sarang sekadar yang termampu. Lebah akan mengingati lokasi sumber makanan tadi dan akan meminta bantuan rakan-rakan yang berada di sarang. Mereka memulakan dengan gerakan berbentuk nombor 8 di dalam sarang dan bergerak atau menggoyangkan badan seakan-akan menari sebagai isyarat jarak sumber makanan tersebut. Di hujung tarian, lebah-lebah lain akan memahami dan terus menuju sumber makanan tersebut dengan tepat.

Apabila berbicara mengenai lebah, kebanyakan orang akan terfikir tentang 'lebah sosial' - kawanan lebah madu, atau kumpulan-kumpulan lebah. Hakikatnya, sebahagian besar lebah adalah lebah tentera, yakni menjalani kehidupan seperti lebah tunggal, membina sel sarang tunggal, berbanding bekerja dengan lebah lain untuk meningkatkan jumlah besar keturunan di sarang.

Sebagai serangga, ia mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Lebah membuat sarangnya di atas bukit, di pohon kayu dan pada atap rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Lebah memakan madu bunga dan debunga.

Apabila tiba musim mengawan, lebah akan membentuk kawanan besar yang dikenali sebagai geriak dan terbang untuk membentuk sarang yang baru.

  1. ^ Danforth, B. N.; Sipes, S.; Fang, J.; Brady, S. G. (Oktober 2006). "The history of early bee diversification based on five genes plus morphology". PNAS. 103 (41): 15118–15123. Bibcode:2006PNAS..10315118D. doi:10.1073/pnas.0604033103. PMC 1586180. PMID 17015826.
  2. ^ Michener, Charles D. (2000). The Bees of the World. Johns Hopkins University Press. m/s. 19–25. ISBN 0-8018--6133-0.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search