Lebuhraya Utara-Selatan لبوه راي اوتارا-سلاتن | |
---|---|
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh PLUS Expressway Berhad | |
Panjang | 960 km (600 mi) |
Wujud | 1982–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 1994 |
Simpang utama | |
Hujung utara | Bukit Kayu Hitam, Kedah |
Jambatan Pulau Pinang Lebuh Raya Baru Lembah Klang Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah Lebuhraya Seremban-Port Dickson Laluan Kedua Malaysia-Singapura | |
Hujung selatan | Johor Bahru, Johor |
Lokasi | |
Bandar utama | Jitra, Alor Star, Sungai Petani, Butterworth, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Gopeng, Tapah, Tanjung Malim, Rawang, Kuala Lumpur, Nilai, Seremban, Alor Gajah, Melaka, Tangkak, Pagoh, Yong Peng, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Kulai, Senai, Skudai, Pasir Gudang, Johor Bahru |
Sistem lebuh raya | |
AH2 | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Lebuhraya Utara-Selatan ialah projek lebuh raya capaian terkawal kebangsaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi lapan buah negeri menghubungkan bandar-bandar utama di bahagian barat Semenanjung Malaysia menjadikan ia lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer, menghubungkan antara Bukit Kayu Hitam (dan dihubungkan dengan Lebuhraya Phetkasem di Thailand) dan Johor Bahru.
Ia terbahagi kepada jajaran utara, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Baru Lembah Klang dan jajaran selatan yang dihubungkan dengan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah. Lebuhraya Utara-Selatan adalah pemangkin kepada nadi pembangunan dan tulang belakang bagi rangkaian pengangkutan di barat Semenanjung Malaysia. Ia dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad.
Selain Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS juga memegang konsesi beberapa lebuh raya lain bagi melengkapkan jaringan Lebuhraya Utara-Selatan. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE; E6) adalah lebuh raya pintasan yang dibuka sepenuhnya pada tahun 1999 yang memintas Kuala Lumpur dan mengalihkan trafik dari persimpangan Nilai, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Putrajaya, Seafield dan akhirnya ke persimpangan Shah Alam di NKVE. E3 pula ialah Lebuhraya Hubungan Kedua (Linkedua) yang merupakan jambatan kedua yang menghubungkan Malaysia dan Singapura bermula dari Senai dan berakhir di Tanjung Kupang sebelum merentasi Selat Johor. PLUS juga menguruskan Lebuhraya Seremban - Port Dickson, E29, yang bermula dari persimpangan Mambau dan berakhir di pusat bandar Port Dickson.
dan berakhir sementara di Kuala Lumpur dan dihubungkan bersama oleh Lebuhraya Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur dan Jalan Duta.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search