Leon Trotsky

Rencana ini berkenaan dengan biografi Leon Trotsky. Untuk tafsiran moden dan teori Trotski, sila lihat Trotskyisme.


Leon Trotsky.

Leon Davidovich Trotsky (bahasa Rusia: Лев Давидович Троцкий; transliterasi: Leo, Lev, Trotskii, Trotski, Trotskij, Trockij dan Trotzky; 7 November 187921 Ogos 1940) yang dilahirkan dengan nama Lev Davidovich Bronstein (Лев Давидович Бронштейн) ialah seorang revolusioner Bolshevik, serta ahli teori Marxisme. Beliau adalah ahli politik yang berpengaruh pada peringkat awal Kesatuan Soviet, mula-mulanya sebagai Komisar Rakyat Hal-ehwal Luar Negeri, dan kemudiannya sebagai pengasas serta komander Tentera Merah dan Komisar Perang Rakyat. Trotsky juga merupakan salah satu ahli pengasas Politburo.

Menyusul rebutan kuasa dengan Joseph Stalin pada dekad 1920-an, Trotsky dipecat daripada Parti Komunis dan diusir dari Kesatuan Soviet. Beliau kemudian dibunuh di Mexico oleh Ramon Mercader, seorang ejen perisik, dengan sebilah beliung ais. [1] Idea-idea Trotsky merupakan dasar Trotskyisme yang masih merupakan salah satu aliran fikiran utama dalam pemikiran Marxisme yang bertentangan dengan Stalinisme dan Maoisme secara teori.

  1. ^ Senjata pembunuhan ialah sebilah beliung ais, bukannya pemecah ais yang merupakan alat yang berbeza — sila lihat rencana masing-masing untuk perinciannya. Banyak buku sejarah dan rujukan mengelirukan antara kedua-dua ini apabila membincangkan keadaan-keadaan yang menyelubungi pembunuhan Trotsky. [1]

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search