Liga Hansa

Peta menunjukkan peluasan pengaruh Liga Hansa serata Eropah Utara tahun 1400

Liga Hansa (Jerman: Deutsche Hanse; Belanda: De Hanze; Latin: Hansa Teutonica)[1] adalah gabungan kelompok-kelompok saudagar komersial dan pertahanan serta bandar pasar yang pernah wujud serata pantai timur Eropah Tengah. Liga ini lama menguasai perdagangan laut Baltik selama berkurun-kurun lamanya daripada asasnya sebagai gabungan beberapa kota di Jerman Utara pada akhir tahun 1100-an. Gabungan ini menjangkau dari laut Baltik hinggalah ke Laut Utara dan jauh ke darat semasa Akhir Zaman Pertengahan dan merosost secara perlahan-lahan selepas tahun 1450.

Hansa[2] merupakan perkataan bahasa Jerman Tinggi lama merujuk kepada "iringan" yakni kelompok saudagar yang diiring berurusan dagang antara kota-kota daratan atau tepi laut ini.[3]

Gabungan ini dibentuk bagi melindungi kepentingan ekonomi dan keistimewaan diplomatik gencana dalam kota dan negara sokongan mereka serta laluan yang digunakan para saudagar untuk perniagaan mereka. Gabungan ini mempunyai sistem perundangan mereka sendiri serta balatentera untuk tujuan pertolongan dan perlindungan bersama. Walau bagaimanapun, ia tidaklah merupakan sebuah negara yang tersendiri mahupun suatu gabungan negara kota - hanyak segelintir sahaja kota yang mendapat kebebasan dan keistimewaan berautonomi dalam Liga ini yang setaraf dengan kota yang mempunyai perwakilan sendiri dalam sesebuah empayar (kota imperial bebas, free imperial city).[4]

  1. ^ "Synonym-Details zu 'Deutsche Hanse · Düdesche Hanse · Hansa Teutonica (lat.)". openthesaurus. Dicapai pada 9 June 2018.
  2. ^ "Hansa – Hanse". Lexikus. Dicapai pada 9 June 2018.
  3. ^ "Hanse". Planet Wissen. 11 March 2018. Dicapai pada 9 June 2018.
  4. ^ Hansen, Mogens Herman (2000). A comparative study of thirty city-state cultures: an investigation. Royal Danish Academy of Sciences & Letters: Copenhagen Polis Centre (Historisk-filosofiske Skrifter 21). m/s. 305.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search