Lim Kit Siang


Lim Kit Siang
林吉祥
லிம் கிட் சியாங்

Anggota Parlimen Malaysia
untuk Iskandar Puteri, Johor
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 10 Oktober 2022
Didahului olehTan Ah Eng
Digantikan olehLiew Chin Tong
Majoriti14,762
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Ipoh Timor, Perak
Dalam jawatan
24 Mac 2004 – 5 Mei 2013
Didahului olehThong Fah Chong
Digantikan olehThomas Su
Majoriti9,774
Penasihat DAP di Parlimen
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehChen Man Hin
Digantikan olehKarpal Singh Ram Singh
Dalam jawatan
2004–2018
Didahului olehChen Man Hin
Digantikan olehLoke Siew Fook
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tanjong, Pulau Pinang
Dalam jawatan
1986–1999
Didahului olehKoh Tsu Koon
Digantikan olehChow Kon Yeow
Majoriti11,690 (1986)
17,469 (1990)
6,895 (1995)
Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang
untuk Padang Kota
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului olehLim Chong Eu
Digantikan olehKonstituensi dimansuhkan
Majoriti706
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Kampong Kolam
(sebelum digantikan oleh Padang Kota)
Dalam jawatan
1986–1990
Didahului olehWong Hoong Keat
Digantikan olehCheah Teik Hoe
Majoriti3,689
Butiran peribadi
Lahir (1941-02-20) 20 Februari 1941 (umur 83)
Batu Pahat, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politikPH-DAP
PasanganPuan Sri Neo Yoke Tee
Anak-anak4 (termasuk Lim Guan Eng dan Lim Hui Ying)
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmilimkitsiang.com

Tan Sri Lim Kit Siang (lahir 20 Februari 1941; Cina: 林吉祥; pinyin: Lín Jíxiáng) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau memegang jawatan sebagai penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti kerajaan demokratik sosial di Malaysia.

Beliau berkahwin dan mempunyai empat orang anak, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen di Dewan Rakyat, dewan terendah bagi Parlimen Malaysia. Sejak 1978, beliau telah menerbitkan 29 buah buku. Lim telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (AP) sejak 1969, dan telah mewakili pelbagai kerusi di kawasan Melaka, Selangor dan Pulau Pinang. Beliau meninggalkan parlimen selama lima tahun dari tahun 1999 hingga tahun 2004, selepas beliau kalah dalam Pilihanraya Umum 1999, ditewaskan oleh Chia Kwang Chye di kawasan Bukit Bendera. Lim menjawat sebagai Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari tahun 1969 hingga tahun 1999. Selepas pilihan raya umum 1999, beliau menjadi Pengerusi DAP yang kedua, setelah persaraan Dr. Chen Man Hin. Manakala jawatan Setiausaha Agung diambil alih oleh Kerk Kim Hock.

Beliau memenangi kawasan Ipoh Timur dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang partinya mencapai jumlah kerusi yang terbanyak bagi pihak pembangkang dan kembali menjadi Ketua Pembangkang Parlimen. Pada tahun 2004, beliau menolak perlantikan semula jawatan pengerusi dan Karpal Singh telah dilantik sebagai penggantinya. Lim dilantik dalam peranan penasihat sebagai ketua perbadanan yang baru ditubuh, yang digelar "Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik". Anak lelakinya, Lim Guan Eng, mengambil alih daripada Kerk Kim Hock sebagai Setiausaha Agung DAP pada masa ini.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search