Lloyd Blankfein | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Lloyd Craig Blankfein 20 September 1954 Bandar Raya New York, A.S. |
Pendidikan | Universiti Harvard (AB, JD) |
Pekerjaan | Pengerusi Kanan, Goldman Sachs |
Tahun aktif | 1982–2018 |
Nilai bersih | AS$1.1 bilion[1] (Julai 2015) |
Parti politik | Demokratik |
Pasangan | Laura Jacobs (k. 1983) |
Anak-anak | 3 |
Lloyd Craig Blankfein (lahir 20 September 1954) ialah seorang jurubank pelaburan Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai pengerusi kanan Goldman Sachs sejak 2019, dan pengerusi serta ketua eksekutif dari 2006 hingga akhir 2018.[2] Sebelum menerajui Goldman Sachs, beliau ialah presiden dan ketua pegawai operasi (COO) syarikat dari 2004 hingga 2006, berkhidmat di bawah CEO ketika itu Henry Paulson.
Menurut Bloomberg News, nilai bersihnya dianggarkan bernilai AS$1.1 bilion setakat Julai 2015.[1][3][4] Gajinya di Goldman Sachs pada 2018 dianggarkan bernilai $24 juta.[5]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search