London Raya

Templat:Other uses2 Templat:Infobox England region London Raya (bahasa Inggeris: Greater London) merupakan sebuah bahagian pentadbiran peringkat tertinggi di England yang meliputi London.[1] Ia diwujudkan pada tahun 1965 dan merangkumi Bandaraya London serta 32 daerah perbandaran di London.[1] Kawasan ini meliputi kawasan seluas 1,572 km2 (607 bt2)[2] dan jumlah penduduknya pada tahun 2009 dianggarkan seramai 7,753,600 orang.[3] Istilah Greater London sudah digunakan sebelum tahun 1965 untuk memaksudkan kawasan yang tidak tentu takrifnya, iaitu lebih besar daripada Wilayah London dan selalunya serupa dengan Daerah Polis Metropolitan.[4]

Selain fungsi-fungsi pentadbiran dan statistiknya, London Raya (tidak termasuk Bandaraya London) merupakan salah satu daripada of the 48 wilayah istiadat England, dan berada di bawah naungan Keleftenanan London Raya.

  1. ^ a b Travers, T., The Politics of London, (2004)
  2. ^ "Our Region". www.gol.gov.uk. Government Office for London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-20. Dicapai pada 2009-10-15.
  3. ^ "T 08: Selected age groups for local authorities in the United Kingdom; estimated resident population; Mid-2006 Population Estimates". Office for National Statistics. 22 August 2007. Dicapai pada 22 August 2007.
  4. ^ Glass, R., London: aspects of change (1964).

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search