Lungsin dan pakan merujuk kepada dua komponen utama yang digunakan untuk menganyam benang menjadi suatu kain atau fabrik. Lungsin atau loseng merujuk kepada benang anyaman yang memanjang pada kain yang ditenun[1] manakala pakan ialah benang anyaman yang mendatar dan menyilang merentasi benang lungsin itu.[2][3]
Benang pakan cederung kurang kuat berbanding benang lungsin kerana ia tidak perlu diregangkan sekuat-kuatnya ketika ditenun. Ia dahulunya ditenunnya menggunakan akik tangan namun cuban atau jet udara khas kini lebih digunakan untuk tujuan tersebut.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search