Madrid

Bandar raya Madrid
Villa de Madrid
Pemandangan Bandar raya Madrid
Pemandangan Bandar raya Madrid
Bendera Bandar raya Madrid
Bendera
Mohor rasmi bagi Bandar raya Madrid
Mohor
Moto: De Madrid al Cielo (Dari Madrid ke Syurga)
Negara Sepanyol
Komuniti berautonomi Komuniti Madrid
Penubuhan Abad ke-9
Kerajaan
 - Datuk Bandar Manuela Carmena
Kawasan
 - Bandar 234.4 batu persegi (607 km²)
Kepadatan (2005)
 - Bandar 3,228,359
 - Metro 5,561,748
Zon masa CET (UTC+1)
 - Musim panas (DST) CEST (UTC+2)

Madrid atau Majrit[1] (dua-dua serapan Arab: المَجرِيط, rumi: al-majrīṭ[2] yang membawa maksud "air yang memancar" atau "mata air"[3][1]) merupakan ibu negara dan kota terbesar negara Sepanyol. Madrid juga mempunyai jumlah penduduk yang ketiga paling banyak di Kesatuan Eropah, selepas London dan Paris. Pengaruh politik, ekonomi serta budayanya membina reuptasinya sebagai salah satu daripada bandar-bandar utama di dunia. Penduduk Madrid dipanggil madrileño (jamak: madrileños).

Madrid terletak di tebing Sungai Manzanares di tengah-tengah Sepanyol, di antara komuniti berautonomi Castilla y León dan Castilla-La Mancha. Oleh sebab hasil ekonomi, taraf kehidupan dan saiz pasarannya, Madrid boleh dianggap sebagai pusat kewangan yang penting di Semenanjung Iberia. Kebanyakan syarikat Sepanyol yang besar serta tiga daripada 100 syarikat yang terbesar di dunia beribu pejabat di Madrid. Sebagai ibu kota Sepanyol, Madrid merupakan lokasi bangunan-bangunan kerajaan dan tempat kediaman rasmi kerabat diraja negara tersebut. Datuk bandar Madrid kini ialah Alberto Ruiz-Gallardon.

Bangunan-bangunan di Madrid yang terkenal termasuklah Istana Diraja Madrid, Bangunan Panggung Diraja, Taman Buen Retiro, Perpustakaan Kebangsaan, muzium arkeologi ternama, dan tiga muzium seni, iaitu Muzium Prado, Muzium Kebangsaan Pusat Seni Ratu Sofia (Museo Nacional Centro de Arte Reina Sofía) serta Muzium Thyssen-Bornemisza.

Jumlah penduduk dalam sempadan bandar ialah 3.5 juta, manakala jumlah penduduk termasuk kawasan urban ialah 5.5 juta. Jumlah penduduk metropolitan Madrid dianggar sebanyak 5.84 juta.

  1. ^ a b "Madrid Ibu Negeri Sepanyol Asalnya Majrit" (Sep 1963). Qalam. m/s. 7-8, 35-8 melalui Persatuan Penyelidikan Jawi Jepun Pusat Pengajian Bidang Bersepadu, Universiti Kyoto, Jepun
  2. ^ Hussayn Mu'nis (1987). أطلس تاريخ الإسلام [Atlas dalam Sejarah Islam] Kaherah: Al-Zahraa. ISBN 977-1470-49-3. m/s. 165.
  3. ^ Khayat, Ikram. "Algunos aspectos de la influencia del árabe en la lengua española" (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 20 January 2022. Dicapai pada 26 December 2021.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search