Madu (Jawi: مادو; pinjaman Sanskrit: मधु madhu[1]) ialah sejenis manisan semula jadi dihasilkan oleh lebah jenis tertentu[2][3] (genus Apis) hasil pengambilan nektar bunga ketika spesies-spesies lebah ini menjalankan pendebungaan.
Kepelbagaian madu terhasil sering menjadi rujukan dan jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia. Madu yang terhasil boleh dibezakan bukan sahaja daripada jenis serangga yang menghasilkannya malah juga sumber nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran. Madu juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit. Madu Bunga Habbatus Sauda merupakan antara madu yang memiliki rasa yang sangat sedap dan unik.
Kajian debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat menentukan jenis sumber flora (bunga) madu tersebut dipungut.[4] Oleh kerana lebah membawa cas elektrostatik, dan boleh menarik zarah-zarah, teknik melissopalinologi yang sama boleh digunakan untuk bidang kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.[5][6]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search