Mahathir Mohamad


Mahathir Mohamad

DK I (Johor); DK (Kedah); DK (Perlis); DKNS (NS); DUK (Kedah); SMN; SPMJ (Johor); SPCM (Perak); SSDK (Kedah); SSAP (Pahang); SSMT (Terengganu); SPNS (NS); DUPN (PP); SPDK (Sabah); DUNM (Melaka); SBS (Sarawak); SUMW (WP); DP (Sarawak); PIS (I) (Johor); PPM (Perak)
محاضير محمد
Mahathir pada 2019
Malaysia Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7
Digelar sebagai
Bapa Pemodenan
باڤ ڤمودنن
Dalam jawatan
10 Mei 2018 – 24 Februari 2020
(Interim: 24 Februari 2020 – 1 Mac 2020)
Raja Kelantan Sultan Muhammad V
Pahang Al-Sultan Abdullah
Timbalan Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Didahului oleh Najib Razak
Digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Dalam jawatan
16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003
Raja Pahang Sultan Ahmad Shah
Johor Sultan Iskandar
Perak Sultan Azlan Shah
Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Almarhum Abdul Rahman
Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Perlis Tuanku Syed Sirajuddin
Timbalan
Didahului oleh Hussein Onn
Digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi
Pengerusi Pakatan Harapan
Dalam jawatan
14 Julai 2017 – 24 Februari 2020
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan oleh Anwar Ibrahim
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Dalam jawatan
7 September 2016 – 29 Februari 2020
Presiden Muhyiddin Yassin
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Setiausaha Agung
Pergerakan Negara-negara Berkecuali ke-21
Dalam jawatan
20 Februari 2003 – 31 Oktober 2003
Didahului olehThabo Mbeki
Digantikan olehAbdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-4
Dalam jawatan
5 Mac 1976 – 16 Julai 1981
Raja Kelantan
Perdana Menteri Hussein Onn
Didahului oleh Hussein Onn
Digantikan oleh Musa Hitam
Menteri Kewangan
Dalam jawatan
5 Jun 2001 – 31 Oktober 2003
Raja Selangor
  • Salahuddin
  • PerlisSirajuddin
Didahului olehDaim Zainuddin
Digantikan olehAbdullah Ahmad Badawi
Dalam jawatan
7 September 1998 – 7 Januari 1999
RajaJa'afar
Didahului olehAnwar Ibrahim
Digantikan olehDaim Zainuddin
Menteri Dalam Negeri
Dalam jawatan
8 Mei 1986 – 8 Januari 1999
Raja Johor
  • Iskandar
  • Perak Azlan Shah
  • Selangor Ja'afar
Didahului oleh Musa Hitam
Digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Pertahanan
Dalam jawatan
18 Julai 1981 – 6 Mei 1986
Raja Pahang
  • Ahmad Shah
  • Iskandar
Didahului oleh Abdul Taib Mahmud
Digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia
Dalam jawatan
1 Januari 1978 – 16 Julai 1981
Raja Kelantan
  • Yahya Petra
  • Pahang Ahmad Shah
Perdana MenteriHussein Onn
Didahului olehHamzah Abu Samah
Digantikan olehAhmad Rithaudden Tengku Ismail
Menteri Pendidikan
Dalam jawatan
3 Januari 2020
Pemangku – 24 Februari 2020
Pemangku
Raja Pahang
Perdana Menteri
  • dirinya
Didahului oleh Maszlee Malik
Digantikan oleh Mohd Radzi Md Jidin
Dalam jawatan
5 September 1974 – 31 Disember 1977
Raja Kedah
Perdana Menteri
Didahului oleh Mohamed Yaacob
Digantikan oleh Musa Hitam
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Langkawi, Kedah
Dalam jawatan
10 Mei 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Ir Nawawi Ahmad
Digantikan olehMohd Suhaimi Abdullah
Majoriti8,893 (2018)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kubang Pasu
Dalam jawatan
24 Ogos 1974 – 21 Mac 2004
Didahului olehKawasan ditubuhkan
Digantikan oleh Mohd Johari Baharum
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kedah
Dalam jawatan
30 Disember 1972 – 23 Ogos 1974
Butiran peribadi
Sebutanmaˈhaðɪr bɪn moˈhamad
LahirMahathir bin Mohamad
(1925-07-10) 10 Julai 1925 (umur 99)
Alor Setar, Kedah, British Malaya (sekarang Malaysia)
Parti politik UMNO (1946–1969, 1972–2008, 2009–2016)
BERSATU (2016–2020)
PEJUANG (2020–2023)
PUTRA (2023–kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (1946–1969, 1972–2008, 2009–2016)
Pakatan Harapan (2016–2020)
Fail:GTA Party flag (unofficial).png Gerakan Tanah Air (2020–kini)
Tinggi1.70 m (5 ka 7 in)[1]
PasanganSiti Hasmah Mohamad Ali
Anak-anak7 (termasuk Marina, Mokhzani dan Mukhriz)
SaudaraIsmail Mohamed Ali (abang ipar)
Alma materKolej Perubatan King Edward VII
AnugerahAnugerah dan pengiktirafan
Tandatangan
Laman web rasmithechedet.com
Mahathir Mohamad di Parlimen Malaysia

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Jawi: محاضير بن محمد, IPA: [maˈhaðɪr bɪn moˈhamad]; dilahirkan pada 10 Julai 1925)[2][3][4] atau juga dikenali sebagai "Tun M" ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 (1981-2003) dan ke-7 (2018-2020). Perkhidmatan beliau sebanyak 2 kali dan 24 tahun menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat dan yang pertama menyandang jawatan itu 2 kali. Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya ialah 10 Julai 1925, tetapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).[5] Semasa pentadbirannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara.[6]

Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 (tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925) di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah, suatu kawasan yang diakui oleh beliau sendiri sebagai kawasan miskin. Ibu bapa beliau ialah Mohamad Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanafi. Mahathir adalah anak bongsu daripada sembilan beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak selama dua tahun sebelum memasuki sekolah Inggeris kerajaan yang kemudian bertukar nama kepada Kolej Sultan Abdul Hamid, di mana ayahnya adalah guru besar. Sebagai pelajar, Mahathir aktif berdebat dan dikenali dengan ntuk kemahiran bahasa Inggerisnya. Beliau dilantik sebagai editor majalah sekolah dan bermain untuk pasukan ragbi sekolah.

Semasa di kolej, Mahathir telah bertemu dengan Siti Hasmah Mohamad Ali, juga seorang pelajar perubatan. Pada tahun 1956, mereka berkahwin dalam satu majlis di Jalan Imbi di Kuala Lumpur. Mereka mempunyai tujuh anak, iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Pada 1965, beliau dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pada PRU 1969, Mahathir bertanding PRU, tetapi ditewaskan oleh wakil PAS. Pada 1972, permohonan Dr Mahathir untuk menyertai semula UMNO telah diterima dan beliau dilantik sebagai Senator pada 1973 serta ahli mahkamah universiti dan Majlis Universiti Malaya. Pada tahun berikutnya, beliau memenangi kerusi Kubang Pasu tanpa bertanding pada PRU tahun berkenaan sebelum dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan menutup Klinik Maha di Alor Setar.

Pada tahun 1976, Mahathir dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dua tahun kemudian, beliau mengambil alih jawatan Menteri Perdagangan dan Industri di mana beliau memimpin beberapa misi mempromosi pelaburan. Pada 1981, setelah Hussein Onn meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketiga atas sebab kesihatan, Mahathir menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri keempat Malaysia.

Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

Bersara pada Oktober 2003, Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.[7][8] Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin ketiga paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew dan Presiden Suharto dari Indonesia.[9] Beliau juga berkhidmat sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) dari tahun 2004 hingga 2016.

Mahathir kekal sebagai tokoh politik aktif selepas bersara. Beliau menjadi pengkritik tinggi terhadap penggantinya yang dipilih Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2006 dan kemudiannya, Najib Razak pada 2015.[10] Anaknya Mukhriz Mahathir adalah Menteri Besar Kedah sehingga awal 2016. Pada 29 Februari 2016, Mahathir keluar dari UMNO memandangkan sokongan UMNO terhadap tindakan Perdana Menteri Najib Razak. Antara sebab lain ialah isu RM2.6bil dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).[11] Pada 9 September 2016, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah memberikan kelulusan terakhirnya untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru Mahathir Mohamad, menjadikannya parti politik rasmi. Mahathir menjadi pengerusi parti itu.[12] Pada 8 Januari 2018, Mahathir diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri untuk pilihan raya 2018, dalam rancangan untuk mengampuni Anwar Ibrahim dan menyerahkan peranan kepadanya jika berjaya. Sehingga peletakan jawatannya pada 2020, beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang tertua dan ketua negara atau kerajaan tertua di dunia.[13]

Pada 31 Ogos 2022, Mahathir, 97, disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).[14][15][16]

  1. ^ "Mahathir Mohamad Bio Height Wife Wiki & Family". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2020. Dicapai pada 9 December 2019.
  2. ^ Research on the Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya and Singapore, By Faridah Abdul Rashid.
  3. ^ "A Doctor In The House". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-20. Dicapai pada 2013-09-04.
  4. ^ Snippets – Birthday, Road Transport, Blocks & M.V. Agusta Diarkibkan 2014-04-15 di Wayback Machine chedet.co.cc, Julai 2008 [sumber tak boleh dipercayai?]
  5. ^ The early years, 1947-1972, koleksi artikel Dr Mahathir di akhbar Singapura, The Straits Times
  6. ^ "Mahathir turns 85: Achievements and gallery". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-15. Dicapai pada 2012-03-18.
  7. ^ "Dr Mahathir quits Umno, again". The Star Online. 19 Februari 2016. Dicapai pada 15 Oktober 2016.
  8. ^ Abdul Rahman, Tunku (September 1969). May 13 – Before and After. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu. m/s. 117–121.
  9. ^ "Dr Mahathir's new party officially registered". Free Malaysia Today FMT News. 9 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-15. Dicapai pada 15 Oktober 2016.
  10. ^ Kaos Jr., Joseph (4 April 2015). "Dr M past his quiet stage, asks Najib to step down". The Star (Malaysia). Dicapai pada 7 August 2015.
  11. ^ "Dr Mahathir quits Umno, again". The Star Online. 19 February 2016. Dicapai pada 15 October 2016.
  12. ^ "Dr Mahathir's new party officially registered". Free Malaysia Today FMT News. 9 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-15. Dicapai pada 15 October 2016.
  13. ^ CNN, Euan McKirdy, Marc Lourdes and Ushar Daniele,. "Malaysia's Mahathir Mohamad is now the world's oldest leader". CNN. Dicapai pada 11 May 2018.CS1 maint: extra punctuation (link)
  14. ^ BERNAMA (2022-08-31). "Tun M positif Covid-19". Harian Metro.
  15. ^ "Dr Mahathir dimasukkan ke IJN selepas positif Covid-19". MalaysiaNow. 2022-09-01.
  16. ^ Hafizul (2022-08-31). "Tun Dr Mahathir Positif COVID-19". Buletin TV3.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search