Mahkamah

Mahkamah di Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Mahkamah (Jawi: محکمه) ialah tempat awam dan rasmi di mana seseorang mendapat penyelesaian yang adil dalam suatu perselisihan baik dalam hal sivil, buruh, administratif, dan kriminal berdasarkan undang-undang yang sedia ada (lalu turut diberi nama pengadilan dalam konteks pentakrifan yang abstrak). Kekuasaan melaksanakan pengadilan ini diberikan melalui suatu bidang kuasa (jurisdiksi atau yurisdiksi) yang tertakluk dalam kawasan tertentu.[1]

Dalam negara dengan sistem common law, insitusi ini merupakan cara utama untuk penyelesaian perselisihan, dan umumnya dierti bahawa semua orang memiliki hak untuk membawa dakwaan sendiri ke pengadilan, malah , pihak yang tertuduh melakukan suatu jenayah memiliki hak untuk meminta perlindungan di pengadilan ini.

  1. ^ Inc., US Legal. "Jurisdiction – Civil Procedure". Civilprocedure.uslegal.com. Dicapai pada 23 December 2017.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search