Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Mahkamah Jenayah Antarabangsa
International Criminal Court (Inggeris)
Cour pénale internationale (Perancis)
Logo rasmi Mahkamah Jenayah Antarabangsa International Criminal Courtcode: en is deprecated (Inggeris) Cour pénale internationalecode: fr is deprecated (Perancis)
Logo rasmi
Negara Anggota (hijau gelap) dan negara anggota yang belum memeterai Statut Rom (jingga)
Negara Anggota (hijau gelap) dan negara anggota yang belum memeterai Statut Rom (jingga)
Ibu pejabatThe Hague, Belanda
Bahasa kerjaInggeris dan Perancis
Statut berkuatkuasa120 negara
Pemimpin
• Presiden
Song Sang-Hyun
• Pendakwa
Luis Moreno Ocampo
Pendirian
• Statut Rom diterima
17 Julai 1998
• Berkuatkuasa
1 Julai 2002
Laman sesawang rasmi
www.icc-cpi.int

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (MJA; bahasa Inggeris: International Criminal Court, singkatan: ICC; Perancis: Cour pénale international) ditubuhkan pada 2002 sebagai satu tribunal tetap untuk membicarakan kes pembasmian kaum, jenayah hak asasi manusia, jenayah perang, jenayah kekerasan dan sebagainya. Mahkamah ini bermula pada 1 Julai 2002 apabila perjanjian Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa mula berkuatkuasa.[1]

Pejabat rasmi mahkamah ialah di Den Haag, Belanda tetapi perbicaraan boleh diadakan di mana-mana lokasi jika difikirkan perlu, cekap, cepat dan selamat.[2] Mahkamah ini berbeza dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa / mahkamah dunia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyelesaikan pertikaian / krisis di tiap-tiap negara mengalami keadaan di dalam situasi pertikaian / krisis berupaya mengugat kedaulatan negara terlibat terus secara tidak lansung ia akan disifatkan berpotensi boleh mengugat ketenteraman negara-negara jiran serantau serta keamanan sejagat pada peringkat global.

Setakat Februari 2012, 120 negara telah menjadi ahli / mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Sebanyak 32 negara belum menandatangani Statut Rome, termasuklah China, India dan Amerika Syarikat kerana banyak mengkritik kelemahan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ini yang tidak memenuhi citarasa dan keperluan mereka.

Sehingga kini, mahkamah ini telah memulakan tujuh siasatan berhubung situasi di Afrika: Utara Uganda, Konflik Darfur, Republik Demokratik Congo, Republik Afrika Tengah, Republik Kenya, Libya dan Côte d'Ivoire.

Setakat Mac 2012, perbicaraan Lubanga berkaitan situasi di RD Congo telah berakhir dengan tertuduh didapati bersalah pada 14 Mac 2012. Ia merupakan keputusan pertama mahkamah ini sejak ia ditubuhkan.[3] Hukuman dan pampasan akan dibincangkan kemudian.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ai2002
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama article3
  3. ^ "War crimes court finds Lubanga guilty in landmark ruling". Reuters. 14 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-03. Dicapai pada 2012-03-18.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search