Mahkamah Keadilan Antarabangsa

52°05′11.76″N 4°17′43.80″E / 52.0866000°N 4.2955000°E / 52.0866000; 4.2955000Koordinat: 52°05′11.76″N 4°17′43.80″E / 52.0866000°N 4.2955000°E / 52.0866000; 4.2955000

Mahkamah Keadilan Antarabangsa
محكمه كعاديلن انتارابڠسا
International Court of Justice
Cour internationale de justice
Jata mahkamah
Ibu pejabat Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Istana Keamanan, Den Haag, Belanda Sunting nilai ini di Wikidata
Map
Maklumat umum
Ditubuhkan1945
LokasiDen Haag, Belanda
Koordinat52°5′12″N 4°17′44″E Sunting ini di Wikidata
Diberi kuasa oleh
Tempoh penggal hakim9 tahun
Bil. jawatan15
BahasaBahasa Inggeris dan bahasa Perancis Sunting nilai ini di Wikidata
No. telefon+31-70-302-23-23 Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak webwww.icj-cij.org
Twitter: cij_icj LinkedIn: cour-internationale-de-justice-international-court-of-justice Youtube: UC28oiS6IwkVvWL7kLH1-QPg Sunting ini di Wikidata
Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa
Penyandang terkiniNawaf Salam
Sejak6 Februari 2018
Penggal akhir bagi jawatan utama5 Februari 2020
Sejak6 Februari 2018
Penggal akhir bagi jawatan utama5 Februari 2020
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Istana Keamanan di Den Haag, Belanda, tempat perbicaraan ICJ

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Court of Justice, singkatan: ICJ; Perancis: Cour internationale de justice, singkatan: CIJ) ialah organ utama kehakiman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tempat perbicaraannya adalah di Istana Keamanan di Den Haag, Belanda. Mahkamah ini didirikan pada tahun 1945 oleh Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mula beroperasi pada tahun berikutnya menggantikan Mahkamah Tetap Keadilan Antarabangsa. Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang serupa dengan yang digunapakai oleh mahkamah tetap yang lalu, adalah dokumen utama perlembagaan mahkamah ini yang menggariskan regulasi Mahkamah.[1] ICJ tidak seharusnya dikelirukan dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau Undang-undang Jenayah, yang keduanya juga mempunyai bidang kuasa "global". Bahasa rasmi mahkamah ini adalah bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.

Kerja yang dijalankan mahkamah dicirikan pelbagai aktiviti kehakiman. Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang dirujuk kepada ia oleh negara dan memberi pendapat berkenaan persoalan berkait undang-undang yang timbul kepada organ dan agensi yang dibenarkan merujuk kepadanya untuk mendapat jawapan. Jumlah keputusan yang diselesaikan ICJ masih kecil bilangannya, akan tetapi terdapat kesukarelaan menggunakan Mahkamah ini semenjak 1980an, terutama di kalangan negara membangun, walaupun Amerika Syarikat telah mengundurkan dirinya daripada bidang kuasa wajib keatasnya pada tahun 1986. Ini bermakna bahawa ia hanya menerima bidang kuasa mahkamah keatasnya mengikut dasar kes-kes.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search