Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri


Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri merupakan badan kepimpinan negeri yang bertindak menjalankan pemerintahan atau membuat dasar bagi sesebuah negeri di Malaysia. Sebagai perbandingan dengan Kerajaan Persekutuan, fungsinya serupa dengan barisan Badan eksekutif (Kabinet). Setiap ahli majlis ini memegang portfolio atau tugas-tugas tersendiri. Ahli majlis dilantik oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi setiap negeri.

Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Di Sarawak dan Sabah, barisan ini dipanggil kabinet negeri.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search