Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja
مجليس راج٢
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1948 (1948)
Agensi terdahulu
  • Majlis Raja-raja Melayu (Durbar)
Bidang kuasa
Kerajaan Persekutuan Malaysia
Ibu pejabatPejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, 482, Jalan Bukit Petaling 50682 Kuala Lumpur
Eksekutif Agensi
Laman sesawang
www.majlisraja-raja.gov.my



Lambang Majlis Raja-Raja tertera di pintu pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Majlis Raja-Raja (Tulisan Jawi: مجليس راج٢, nama bahasa Inggeris dipakai: Conference of Rulers[1]) merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.

Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

  1. ^ Contoh dalam konteks akademik: Contoh dalam media setempat:
    • "Rulers trickle into Istana Negara for urgent Conference of Rulers meeting". New Straits Times. 28 Februari 2020. Dicapai pada 29 Julai 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search