Majulah Singapura

Majulah Singapura
ماجوله سيڠاڤورا
Replika skor tulisan tangan Majulah Singapura yang dipamerkan di Muzium Negara Singapura. Naskhah skor asal kini diletakkan dibawah perapian dan pemantauan oleh Taman Warisan Melayu, Singapura.

Negara anthem  Singapura
LirikZubir Said, 1958
MuzikZubir Said, 1958
Diguna pakai1965
Dilepaskankini
Sampel audio
Majulah Singapura dimainkan oleh Angkatan Pancaragam Tentera Amerika Syarikat.

Majulah Singapura (Inggeris: Onward Singapore; Cina ringkas: 前进吧,新加坡; Cina tradisional: 前進吧,新加坡; Tamil: முன்னேறட்டும் சிங்கப்பூர்) ialah lagu kebangsaan Singapura yang digubah oleh Zubir Said (1907-1987) pada tahun 1958. Asalnya dikarang dalam kunci G major, lagu kebangsaan secara rasmi dilancarkan semula pada tahun 2001 dalam kunci yang lebih rendah F utama kerana ia dikatakan membolehkan "perkiraan mulia dan lebih inspirasi".[1][2]

Apabila Majlis Bandar Singapura ditubuhkan pada tahun 1957, ia memerlukan sebuah lagu tema untuk membuka upacara-upacara rasmi. Zubir, seorang penggubah muzik filem yang terkenal pada masa itu diminta untuk menggubah sebuah lagu patriotik berdasarkan kekata "Majulah Singapura" yang terdapat di Panggung Victoria. Lagu ini pertama kali didendangkan oleh orkestra Singapore Chamber Ensemble pada tahun 1958 sempena pembukaan semula Panggung Victoria yang baru sahaja menjalani kerja ubah suai.

Pada Jun 1959, Singapura diberi hak untuk memerintah secara sendiri. Ia memerlukan sebuah lagu untuk menandakan kuasa autonomi yang baru dikecapi dari British. 'Majulah Singapura' didapati lagu yang paling sesuai dan dipilih oleh Dewan Perundangan pada November 1959 sebagai lagu kebangsaan Singapura yang baru. Ia dilancarkan secara rasmi pada Disember 1959 semasa "Minggu Kesetiaan", bersamaan dengan perlantikan Yang di-Pertuan Negara Singapura yang pertama, Yusof Ishak. Apabila Singapura menganggotai Persekutuan Malaysia pada 1963, lagu "Negaraku" berkumandang di negara itu. Setelah ia berpisah dari Malaysia pada 1965, 'Majulah Singapura' dikembalikan sebagai lagu kebangsaan.

Rakyat Singapura yang telah hidup sebelum dan setelah Singapura merdeka boleh dikatakan telah menyanyikan empat buah lagu kebangsaan sepanjang hayat mereka, "God save the King/Queen" (British), "Kimigayo" (Jepun), "Negaraku" (Malaysia) dan "Majulah Singapura".

  1. ^ "National Anthem". singapore.sg. Dicapai pada 2 December 2014.
  2. ^ Constitution of the Republic of Singapore (1985 Rev. Ed., 1999 Reprint), Art. 153A: "Malay, Mandarin, Tamil and English shall be the 4 official languages in Singapore."

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search