Mao Zedong

Mao Zedong
Ketua Parti Komunis China
Dalam jawatan
1945–1976
Didahului olehZhang Wentian
(Setiausaha Agung)
Digantikan olehHua Guofeng
Ketua Suruhanjaya Ketenteraan Pusat
Dalam jawatan
1954–1976
Digantikan olehHua Guofeng
Butiran peribadi
Lahir(1893-12-26)26 Disember 1893
Hunan, Dinasti Qing
Meninggal dunia9 September 1976(1976-09-09) (umur 82) di
Beijing, China
KerakyatanChina
Parti politikParti Komunis China
PasanganYang Kaihui (1920–1930)
He Zizhen (1930–1937)
Jiang Qing (1939–1976)
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui "religion"
Mao Zedong
Sistem Nama yang diberikan Nama kehormat
Tradisional 毛澤東 潤芝¹
Mudah 毛泽东 润芝
Pinyin Máo Zédōng Rùnzhī
WG Mao Tse-tung Jun-chih
IPA /mau̯ː˧˥ tsɤ˧˥.tʊŋ˥/ /ʐuənː˥˩ tʂI˥/
Nama keluarga: Mao
¹Nama asal: 詠芝 (咏芝)

Mao Zedong (26 Disember 18939 September 1976) (juga dieja sebagai Mao Tse-Tung dalam transliterasi Wade-Giles) ialah seorang ahli teori Marxisme, askar, negarawan Cina, dan Ketua Parti Komunis China, yang mengetuai revolusi komunis China selepas pendudukan asing dan perang saudara selama berdekad-dekad pada abad ke-20. Mao mengumumkan pengasasan Republik Rakyat China pada 1 Oktober 1949 di Dataran Tiananmen, Beijing.

Mao mengejar cita-cita untuk menjadikan China sebagai sebuah negara yang kukuh dan makmur. Bagaimanapun, keputusan rancangan-rancangan sosio-politik Mao yang utama membawa kecelakaan yang melumpuhkan perkembangan China dan menyebabkan kesusahan ekonomi, kerusuhan sosial dan kebuluran yang meluas. Antara rancangan-rancangan tersebut termasuk Kempen Anti Puak Kanan, Lompatan Agung ke Depan, dan Revolusi Kebudayaan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search