Mark W. Clark

Jeneral
Mark W. Clark
Mark W. Clark pada 1945
Nama samaran"Wayne"
"Contraband" (semasa di West Point)[1]
KelahiranMay 1, 1896
Madison Barracks, Sackets Harbor, New York, United States
Meninggal duniaApril 17, 1984 (aged 87)
Charleston, South Carolina, United States
DisemadikanThe Citadel
Charleston, South Carolina, United States
Kesetiaan Amerika Syarikat
PerkhidmatanTentera Darat Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1917–1953
Pangkat Jeneral
Unit Infantri
ArahanBatalion Ke-3, Rejimen Ke-11 Infantri
Kor II
Tentera Darat Kelima
Tentera Darat Ketujuh
Kumpulan Tentera Darat Ke-15
Tentera Darat Keenam
Markas Tentera PBB (Korea)
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
Perang Korea
AnugerahDistinguished Service Cross
Army Distinguished Service Medal
Navy Distinguished Service Medal
PasanganMaurine Doran (m. 1924–1966; hingga kematiannya; 2 anak)
Tugas lainPresiden, The Citadel

Jeneral Mark Wayne Clark (1 Mei 1896 – 17 April 1984) adalah seorang pegawai kanan Tentera Darat Amerika Syarikat yang terlibat secara langsung dalam Perang Dunia I, Perang Dunia II, dan Perang Korea. Beliau merupakan Jeneral (jeneral empat bintang) termuda dalam Tentera Darat AS semasa Perang Dunia II.

Ketika Perang Dunia I, beliau adalah ketua kompeni dan berkhidmat di Perancis pada tahun 1918, sebagai Kapten yang berusia 22 tahun, dimana beliau mengalami kecederaan serius akibat serpihan peluru meriam. Selepas perang, bakal Ketua Turus Tentera Darat A.S., Jeneral George Marshall, perasan dengan kebolehan Clark.[2] Semasa Perang Dunia II, beliau memerintah Tentera Darat Kelima AS, dan kemudian Kumpulan Tentera Darat Ke-15, dalam kempen Itali. Beliau dikenali kerana memimpin Tentera Darat Kelima semasa penaklukan Rome pada Jun 1944.

Clark teruk dikritik kerana mengabaikan arahan pegawai atasannya, Jeneral British Sir Harold R. L. G. Alexander, dan menyebabkan Tentera Darat Ke-10 Jerman terlepas, ketika kemaraannya untuk menawan Rome, ibu negara Itali, sebuah bandaraya strategik yang tidak penting. Tentera Darat Ke-10 Jerman kemudian menyertai keseluruhan Kumpulan Tentera Darat C Jerman di Garis Trasimene.[3] Pada bulan Mac 1945, Clark, pada usia 48 tahun, menjadi pegawai termuda Amerika yang dinaikkan pangkat ke Jeneral penuh.

Disukai oleh Winston Churchill (yang menggelar beliau sebagai Helang Amerika), Clark menunjukkan kemahiran dalam mengendalikan tentera dari pelbagai campuran negara; beliau seorang yang bertenaga, bercita-cita tinggi, dan bersemangat kuat, dan menikmati kejayaan yang besar terhadap musuh Jerman yang pintar dan berkebolehan; kegagalannya untuk mengikut arahan Jeneral Alexander menjadikan beliau penakluk Rome, tetapi menjamin tentangan berterusan di Itali.

Jeneral Besar Dwight D. Eisenhower, kawan rapat Clark, menganggap beliau sebagai pegawai staf yang cemerlang dan anggota pelatih.[4] Clark telah dianugerahkan banyak pingat, antaranya Distinguished Service Cross, anugerah kedua tertinggi Tentera Darat A.S. Satu legasi "pasukan petugas Clark" yang beliau ketuai pada tahun 1953–1955, yang mengkaji semula dan membuat cadangan pada semua aktiviti risikan persekutuan, adalah istilah ciptaan Komuniti Risikan.[5]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Atkinson_p44
  2. ^ "General Mark Clark", www.historylearningsite.co.uk
  3. ^ "Once Upon a Time in Liberated Rome", Robert Katz’s History of Modern Italy
  4. ^ From Salerno to Rome: General Mark W. Clark and the Challenges of Coalition Warfare, diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03, dicapai pada 2016-12-21 Master's thesis abstract
  5. ^ Michael Warner; Kenneth McDonald. "US Intelligence Community Reform Studies Since 1947" (PDF). CIA. m/s. 4. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-04-30. Dicapai pada 12 December 2014.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search