Markas Indo-Pasifik Amerika Syarikat

Markas Pemerintahan Indo-Pasifik Amerika Syarikat
Ditubuhkan pada01 Januari 1947 (1947-01-01)[1]
Negara Amerika Syarikat
JenisMarkas Medan Bersepadu
PerananPerintah dan kawal semua Angkatan Tentera A.S. di rantau Indo-Pasifik
Saiz375,000 anggota[2]
Sebahagian daripada Jabatan Pertahanan AS
IbupejabatKem H. M. Smith, Hawaii, A.S.
PertempuranPerang Korea, Perang Vietnam
Penobatan
Joint Meritorious Unit Award[1]
Laman webwww.pacom.mil
Komander
PanglimaLaksamana John C. Aquilino, USN
Timbalan PanglimaLeftenan Jeneral Stephen Sklenka, USMC
Penyelia Kanan Lain-Lain PangkatSarjan Mejar Anthony A. Spadaro, USMC

Markas Pemerintahan Indo-Pasifik Amerika Syarikat (USINDOPACOM)[3][4] adalah markas medan bersepadu dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang bertanggungjawab bagi rantau Indo-Pasifik. Ia merupakan markas medan bersepadu yang paling lama dan paling besar. Panglimanya, iaitu seorang pegawai kanan tentera A.S. di Pasifik, bertanggungjawab bagi operasi ketenteraan di kawasan yang meliputi lebih kurang 100 juta batu persegi (260,000,000 km2), atau kira-kira 52 peratus permukaan Bumi, terbentang dari perairan Pantai Barat Amerika Syarikat hingga ke pantai barat India, dan dari Artik hingga ke Antartika. Markas A.S. ini juga bertanggungjawab untuk melindungi pencerobohan ke atas Amerika Syarikat melalui negeri Hawaii.

Panglima melapor kepada Presiden Amerika Syarikat menerusi Setiausaha Pertahanan dan dibantu oleh tentera komponen dan markas bersepadu subordinat, termasuk Tentera Darat Pasifik AS, Pasukan Marin Pasifik, Armada Pasifik AS, Tentera Udara Pasifik, Tentera Jepun AS, Tentera Korea AS, Markas Operasi Khusus Korea, dan Markas Operasi Khusus Pasifik. USINDOPACOM juga mempunyai dua unit pelapor langsung (DRUs)—U.S. Pacific Command Joint Intelligence Operations Center (JIOC) dan Center for Excellence in Disaster Management and Humanitarian Assistance (CFE-DMHA), serta sebuah Standing Joint Task Force, Joint Interagency Task Force West (JIATF-W). Bangunan ibupejabat USINDOPACOM, iaitu Pusat Kawalan Pasifik Nimitz-MacArthur, terletak di Kem H. M. Smith, Hawaii.

Dahulu ia dikenali sebagai Markas Pasifik Amerika Syarikat (USPACOM)[3] sejak penubuhannya, markas ini telah dinamakan semula sebagai Markas Indo-Pasifik AS pada 30 Mei 2018, bagi mengiktiraf penekanan lebih besar terhadap subbenua India.

  1. ^ a b "U.S. Indo-Pacific Command > About USINDOPACOM > History". www.pacom.mil. U. S. Indo-Pacific Command. Dicapai pada 1 February 2019.
  2. ^ "About United States Indo-Pacific Command". www.pacom.mil. U.S. Indo-Pacific Command. Dicapai pada 1 February 2019.
  3. ^ a b "U.S. Indo-Pacific Command Holds Change of Command Ceremony". U.S. Indo-Pacific Command. Public Affairs Communication & Outreach. 30 May 2018. Dicapai pada 30 May 2018.
  4. ^ Watkins, Thomas (30 May 2018). "In nod to India, US military renames its Pacific Command". AFP. Dicapai pada 31 May 2018.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search