Marxisme

Marxisme merupakan aliran pemikiran yang berasal daripada pemikiran Karl Marx. Marxisme adalah berhubung rapat dengan manifestasinya iaitu komunisme. Marx menyusun sebuah teori besar yang berkaitan dengan sistem ekonomi, sistem sosial dan sistem politik.

Pada dasarnya, golongan Marxist menganggap bahawa secara objektif, masyarakat manusia ialah suatu masyarakat yang terdiri daripada golongan menindas dan golongan ditindas. Ketidakadilan ini menurut Marxisme adalah berakar pada sistem sosial manusia sendiri secara objektif, dan bukan disebabkan oleh faktor subjektif seperti moral dan budaya.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search