Mata London

'
Logo Merlin Entertainments London Eye

Pemandangan London Eye
Informasi
Lokasi Bahagian barat Taman Jubilee, di South Bank Sungai Thames, London, England
Status Siap
Dibina 1998-1999
Kegunaan Roda pemerhatian
Ketinggian
Bumbung 135 meter (443 ka)
Syarikat
Arkitek David Marks dan Julia Barfield dari Marks Barfield Architects
Jurutera Arup - reka bentuk rasmi

The Merlin Entertainments London Eye (lebih dikenali sebagai The London Eye, dan juga digelar Millennium Wheel, Bahasa Melayu: Mata London), dengan ketinggian 135 meter (443 ka),[1] ialah roda feris terbesar di Eropah, dan telah menjadi tarikan pelancong dibayar termasyhur di United Kingdom, dilawati oleh lebih tiga juta orang dalam setahun.[2] Sewaktu ia didirikan, pada 1999, ia adalah roda Ferris tertinggi di dunia, sehingga ia diatasi oleh Bintang Nanchang (160 m) pada Mei 2006, dan kemudian Pelayang Singapura (165 m) pada 11 Februari 2008. Bagaimanapun, ia masih digambarkan pengendalinya sebagai "roda pemerhatian berjulur tertinggi di dunia" (oleh kerana keseluruhan strukturnya disokong oleh bingkai-A pada satu belah sahaja).[3]

London Eye terletak di bahagian barat Taman Jubilee, di South Bank pada Sungai Thames di London, England, di antara Jambatan Westminster dan Jambatan Hungerford. Tapak ini bersebelahan dengan bekas Dome of Discovery, yang dibina untuk Pesta Britain pada 1951.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama facts
  2. ^ Explore the London Eye Diarkibkan 2008-11-20 di Wayback Machine, The Merlin Entertainments London Eye
  3. ^ "All you need to know about The London Eye" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-03-04. Dicapai pada 2009-09-17.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search