Matahari

Matahari
Data pemerhatian
Jarak purata
dari Bumi
1.496×108 km
8 min 19 s pada kelajuan cahaya
Kecerahan visual (V) −26.74[1]
Magnitud mutlak 4.83[1]
Pengelasan spektrum G2V
Metallicity Z = 0.0122[2]
Saiz bersudut 31.6′ – 32.7′[3]
Adjektif suria
Ciri-ciri orbit
Jarak purata
dari pusat Galaksi Bima Sakti
~2.5×1017 km
26000 tahun cahaya
Tempoh masa galaksi (2.25–2.50)×108 a
Halaju ~220 km/s (orbit di sekeliling pusat galaksy)
~20 km/s (relatif kepada purata halaju bintang-bintang lain dalam dalam kelompok bintang)
~370 km/s[4] (relatif kepada sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik)
Ciri-ciri fizikal
Diameter purata 1.392×106 km[1]
109 × Bumi
Jejari khatulistiwa 6.955×105 km[5]
109 × Bumi[5]
Lilitan khatulistiwa 4.379×106 km[5]
109 × Bumi[5]
Kepesekan 9×10−6
Luas permukaan 6.0877×1012 km2[5]
11990 × Bumi[5]
Isipadu 1.412×1018 km3[5]
1300000 × Bumi
Jisim 1.9891×1030 kg[1]
333000 × Bumi[1]
Ketumpatan purata 1.408×103 kg/m3[1][5][6]
Ketumpatan Tengah (model): 1.622×105 kg/m3[1]
Fotosfera bawah: 2×10−4 kg/m3
Kromosfera bawah: 5×10−6 kg/m3
Korona (purata): 1×10−12 kg/m3[7]
Graviti permukaan khatulistiwa 274.0 m/s2[1]
27.94 g
28 × Bumi[5]
Halaju lepas
(dari permukaan)
617.7 km/s[5]
55 × Bumi[5]
Suhu Pusat (dimodelkan): ~1.57×107 K[1]
Fotosfera (berkesan): 5778 K[1]
Korona: ~5×106 K
Kekilauan (Lsol) 3.846×1026 W[1]
~3.75×1028 lm
~98 lm/W keberkesanan
Keamatan purata (Isol) 2.009×107 W·m−2·sr−1
Ciri-ciri putaran
Kecondongan 7.25°[1]
(pada ekliptik)
67.23°
(pada satah galaksi)
Jarak hamal
kutub Utara[8]
286.13°
19j 4min 30s
Keserongan
kutub Utara
+63.87°
63°52' Utara
Tempoh masa putaran ikut bintang
(di khatulistiwa)
25.05 hari[1]
(di latitud 16°) 25.38 hari[1]
25h 9j 7min 12s[8]
(di kutub) 34.4 hari[1]
Halaju putaran
(di khatulistiwa)
7.189×103 km/j[5]
Kandungan fotosfera (berdasarkan jisim)
Hidrogen 73.46%[9]
Helium 24.85%
Oksigen 0.77%
Karbon 0.29%
Besi 0.16%
Neon 0.12%
Nitrogen 0.09%
Silikon 0.07%
Magnesium 0.05%
Sulfur 0.04%

Matahari (Jawi: ماتهاري), mentari (Jawi: منتاري) atau suria (Jawi: سوريا) merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149 680 000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai garis pusatnya berukuran 1,391,980 kilometer atau 109 kali ganda Bumi[10] dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya dari matahari memakan masa 8 minit dan 20 saat untuk sampai ke Bumi[11] dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari menjadi buta.

Pandangan matahari dari bumi dengan tompokan matahari jelas kelihatan.

Matahari merupakan satu bebola plasma hampir sempurna[12][13] dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg atau 330,000 kali jisim bumi.[10] Untuk terus bersinar, matahari yang terdiri daripada gas panas menukarkan unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas lakuran nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 4.6 bilion tahun lalu[a][14][15] akibat runtuhan graviti jisim dalam lingkungan sesebuah awan molekul. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 kali lebih padat berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria yang menyamai 1.37 kilowatt per meter persegi setiap saat.

Matahari berputar selama 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali lebih kuat daripada graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh menjangkau sehingga sejauh 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindungi. Matahari juga menghasilkan gelombang-gelombang radio, ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.

Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnetnya, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari semasa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari, tompokan ini menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, lantas mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o Williams, D. R. (2004). "Sun Fact Sheet". NASA. Dicapai pada 2010-09-27.
  2. ^ Asplund, M. (2006). "The new solar abundances - Part I: the observations". Communications in Asteroseismology. 147: 76–79. Bibcode:2006CoAst.147...76A. doi:10.1553/cia147s76. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ "Eclipse 99: Frequently Asked Questions". NASA. Dicapai pada 2010-10-24.
  4. ^ Hinshaw, G. (2009). "Five-year Wilkinson Microwave Anisotropy Probe observations: data processing, sky maps, and basic results". The Astrophysical Journal Supplement Series. 118: 225–245. Bibcode:2009ApJS..180..225H. doi:10.1088/0067-0049/180/2/225. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  5. ^ a b c d e f g h i j k l "Solar System Exploration: Planets: Sun: Facts & Figures". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-02.
  6. ^ Ko, M. (1999). Elert, G. (penyunting). "Density of the Sun". The Physics Factbook.
  7. ^ "Principles of Spectroscopy". University of Michigan, Astronomy Department. 30 Ogos 2007.
  8. ^ a b Seidelmann, P. K. (2000). "Report Of The IAU/IAG Working Group On Cartographic Coordinates And Rotational Elements Of The Planets And Satellites: 2000". Dicapai pada 2006-03-22. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  9. ^ "The Sun's Vital Statistics". Stanford Solar Center. Dicapai pada 2008-07-29., citing Eddy, J. (1979). A New Sun: The Solar Results From Skylab. NASA. m/s. 37. NASA SP-402.
  10. ^ a b Woolfson, M. (2000). "The origin and evolution of the solar system" (PDF). Astronomy & Geophysics. 41 (1): 12. Bibcode:2000A&G....41a..12W. doi:10.1046/j.1468-4004.2000.00012.x. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 11 Julai 2020. Dicapai pada 12 April 2020.
  11. ^ Cain, Fraser (15 April 2013). "How long does it take sunlight to reach the Earth?". phys.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mac 2022.
  12. ^ "How Round is the Sun?". NASA. 2 Oktober 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2019. Dicapai pada 7 Mac 2011.
  13. ^ "First Ever STEREO Images of the Entire Sun". NASA. 6 Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2011. Dicapai pada 7 Mac 2011.
  14. ^ Bonanno, A.; Schlattl, H.; Paternò, L. (2002). "The age of the Sun and the relativistic corrections in the EOS". Astronomy and Astrophysics. 390 (3): 1115–1118. arXiv:astro-ph/0204331. Bibcode:2002A&A...390.1115B. doi:10.1051/0004-6361:20020749.
  15. ^ Connelly, James N.; Bizzarro, Martin; Krot, Alexander N.; Nordlund, Åke; Wielandt, Daniel; Ivanova, Marina A. (2 November 2012). "The Absolute Chronology and Thermal Processing of Solids in the Solar Protoplanetary Disk". Science. 338 (6107): 651–655. Bibcode:2012Sci...338..651C. doi:10.1126/science.1226919. PMID 23118187. S2CID 21965292.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search