Matahari tengah malam

Altafjord di Alta, Norway, bermandikan matahari tengah malam.
Matahari tengah malam di North Cape di pulau Magerøya di Norway

Matahari tengah malam atau mentari malam ialah fenomena semula jadi yang berlaku pada bulan-bulan musim panas di kawasan utara Bulatan Artik atau selatan Bulatan Antartik apabila matahari tetap kelihatan semasa waktu tengah malam tempatan. Sekitar solstis musim panas (kira-kira 21 Jun di Hemisfera Utara dan 22 Disember di Hemisfera Selatan), matahari boleh dilihat penuh 24 jam sekiranya cuaca baik. Bilangan hari setahun dengan potensi matahari tengah malam meningkat semakin menjauhi ke arah kutub. Walaupun anggaran ditakrifkan oleh bulatan kutub, matahari tengah malam secara praktiknya boleh dilihat sejauh 55 batu (90 km) di luar bulatan kutub, seperti yang dinyatakan di bawah, dan latitud tepat yang paling jauh daripada matahari tengah malam bergantung kepada topografi dan berbeza tahun-ke-tahun.

Kawasan yang populasinya mengalami matahari tengah malam adalah terhad kepada mereka yang mendiami kawasan direntasi Bulatan Artik (tiada penempatan manusia yang kekal di selatan Bulatan Antartika selain daripada stesen-stesen penyelidikan): Kanada (Yukon, Wilayah Barat Laut, dan Nunavut), Greenland, Iceland, Finland, Norway, Rusia, Sweden, dan Amerika Syarikat (Alaska). Satu perempat daripada wilayah Finland terletak di utara Bulatan Artik, dan di utara negara itu matahari tidak terbenam langsung selama 60 hari pada musim panas. Di Svalbard, Norway iaitu kawasan paling utara didiami di Eropah, matahari tidak terbenam dari kira-kira 19 April hingga 23 Ogos. Lokasi yang lampau adalah di kutub, di mana matahari boleh terus dilihat untuk setengah tahun. Kutub Utara mempunyai matahari tengah malam untuk paling kurang 6 bulan dari akhir Mac hingga akhir bulan September.

Fenomena yang bertentangan iaitu malam kutub pula berlaku pada musim sejuk apabila matahari kekal di bawah ufuk sepanjang hari.

Memandangkan paksi kecondongan Bumi adalah besar (kira-kira 23 darjah 27 minit), matahari tidak terbenam pada latitud tinggi pada musim panas tempatan. Tempoh cahaya matahari meningkat dari satu hari semasa solstis musim panas di bulatan kutub, ke beberapa minggu hanya 100 km lebih dekat dengan kutub, hinggalah enam bulan di kutub. Di latitud yang lampau, matahari tengah malam biasanya dirujuk sebagai hari kutub.

Di kutub sendiri, matahari terbit dan terbenam hanya sekali setiap tahun. Dalam tempoh enam bulan keberadaan matahari di atas ufuk, ia secara berterusannya bergerak dalam bulatan sepanjang hari mengelilingi pemerhati dan beransur-ansur meningkat lebih tinggi sehingga mencapai litar tertinggi di langit pada solstis musim panas.

Matahari tengah malam mungkin dialami di latitud di sedikit bawah bulatan kutub meskipun tidak melebihi satu darjah (bergantung kepada keadaan tempatan) disebabkan pembiasan atmosfera serta bentuk matahari yang kelihatan sebagai cakera dan bukannya titik. Sebagai contoh, Iceland mengalami fenomena ini meskipun kebanyakan kawasan negara tersebut (kecuali Grímsey) terletak sedikit di selatan Bulatan Artik. Atas sebab yang sama, tempoh cahaya matahari di kutub adalah sedikit lebih lama daripada enam bulan. Walaupun bahagian hujung utara Scotland (dan tempat-tempat di latitud yang sama, seperti St. Petersburg) mengalami langit aram temaram di langit utara di sekitar solstis musim panas.

Pemerhati yang berada pada ketinggian ketara di atas paras laut juga boleh mengalami tempoh matahari tengah malam yang berpanjangan akibat daripada "lekuk" di langit yang dilihat dari ketinggian pemerhati.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search