Media Prima Berhad

Media Prima Berhad
ميديا ڤريما برحد
Nama dahuluProfitune Berhad (2001–2002)
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiMYX: 4502
IndustriMedia massa
Ditubuhkan8 Oktober 2001 (2001-10-08)
Ibu pejabatNew Straits Times Press:
Balai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
Radio dan Televisyen:
Sri Pentas, No. 3, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanSeluruh negara
Tokoh penting
  • Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid (Pengerusi & CEO)
  • Rafiq Razali (Pengarah Urusan Kumpulan)
Perkhidmatan
  • Penyiaran penuh televisyen dan radio
  • Percetakan akhbar tempatan
  • Penciptaan kandungan penyiaran tempatan dan antarabangsa
  • Pengiklanan dan pemasaran luar
  • Media baharu termasuk media sosial
  • Penstriman siaran langsung & liputan terkini
Hasil RM 18.6 bilion
Pendapatan bersih RM 740.5 juta
Pemilik
Bilangan kakitangan6,187 (Disember 2023)
PembahagianTelevisyen: TV3, ntv7, 8tv, TV9, DidikTV KPM, Wow Shop
Radio: Eight FM, Fly FM, Hot FM, Kool 101, Molek FM
Lain-lain divisyen: Audio+, New Straits Times Press, Primeworks Studios, Grand Brilliance Studio, Big Tree Outdoor, REV Media Group, Media Prima Labs, Tonton
Tapak webwww.mediaprima.com.my
LinkedIn: media-prima-berhad Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Infobox company: Menggunakan lebih daripada satu parameter berikut: lokasi_ibu_pejabat, lokasi
Menggunakan lebih daripada satu parameter berikut: bilangan_lokasi, lokasi

Media Prima Berhad (Jawi: ميديا ڤريما برحد) ialah sebuah syarikat media Malaysia yang beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor. Ia merupakan konglomerat media dan hiburan dan terbesar Malaysia dari segi pendapatan, pendapatan operasi, pendapatan bersih, aset, ekuiti, permodalan pasaran, dan bilangan pekerja. Pada asalnya ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai Profitune Berhad, syarikat ini bertukar nama kepada Media Prima pada tahun 2002 dan memulakan operasinya setahun kemudian selepas pemecahan aset media Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB). Syarikat ini tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia dan kini memiliki 100 peratus kepentingan ekuiti dalam TV3 & 8tv juga memiliki lebih daripada 98 peratus kepentingan ekuiti dalam New Straits Times Press, syarikat penerbitan akhbar terbesar di Malaysia yang menerbitkan akhbar-akhbar terkemuka seperti New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Media Prima juga memiliki lima stesen radio iaitu, Eight FM, Fly FM, Hot FM, Kool 101 dan Molek FM di bawah Rangkaian Radio Media Prima. Kepentingan lain berasaskan media bagi Media Prima adalah dalam bidang penerbitan karya; pengurusan acara dan bakat. Kedudukan kumpulan ini sebagai peneraju dalam bidang pengiklanan luar ialah melalui Big Tree Outdoor, UPD, The Right Channel dan Kurnia Outdoor.

Kumpulan ini juga telah mengembangkan sayapnya ke platform media baru melalui Alt Media dengan pelancaran portal internet gaya hidup, gua.com.my dan Tonton.com.my, video portal baru yang canggih dengan kemampuan definisi tinggi (HD) yang menawarkan kebebasan memilih kandungan secara individu dan rangkaian sosial yang interaktif. Emas ialah saluran retro pertama di Malaysia yang menyiarkan program-program TV popular produksi Media Prima yang boleh ditonton melalui TV Internet Protokol (IPTV) di HyppTV dan Unifi milik Telekom Malaysia. Aurora Mulia Sdn. Bhd., yang dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary, merupakan pemegang saham terbesar di dalam Media Prima.[1]

Media Prima dan stesen TV dan radio di bawah naungannya ialah ahli Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (PENYIAR), sebuah pertubuhan media penyiaran bukan untung dan bukan kerajaan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search