Melaka Maju Jaya

Melaka Maju Jaya
Jata Negeri Melaka.

Lagu Negeri  Melaka
LirikJawatankuasa Negeri
MuzikSaiful Bahri dan Alias Arshad
Diguna pakai1974
Sampel audio
Melaka Maju Jaya

Melaka Maju Jaya[1] (Jawi: ﻣﻼک ماجو جاي) merupakan lagu negeri Melaka, Malaysia.[2] Ia diperkenalkan dan dimainkan buat kali pertama pada 31 Ogos 1974 bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Melaka masa itu.

Muziknya digubah oleh Saiful Bahri yang turut menulis lirik lagu negeri Selangor, Duli Yang Maha Mulia dan Encik Alias Arshad dari Polis Diraja Malaysia, manakala liriknya pula digubah oleh sebuah Jawatankuasa yang dipimpin Setiausaha Negeri ketika itu Datuk Haji Abu Mansor bin Haji Hassan.[3][4] Pada 16 Ogos 1994, kerajaan negeri Melaka meluluskan pengubahsuaian lirik dan rentak lagu negeri ini di sebuah pertemuan Majlis Mesyuaratnya untuk dimainkan pada 31 Ogos tahun itu.[5]

  1. ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ "Lagu Negeri - Bahasa Melayu".
  3. ^ Ashari, Amirul Haswendy (2018-09-06). "'Dah berpuluh tahun menunggu'". HM Online. Dicapai pada 2020-05-08.
  4. ^ "Malacca to have its own state anthem".
  5. ^ "Changes to State Songs approved".

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search