Melancap

Selain manusia, kelakuan melancap pada haiwan juga dijumpai pada cimpanzi
Monyet melancap
Seorang lelaki melancap dengan merangsang zakarnya
Seorang wanita melancap dengan merangsang vulva – karya Gustav Klimt's iaitu Woman seated with thighs apart (1916)

Pelancapan, onani atau masturbasi (bahasa Inggeris: masturbation) merujuk pada perangsangan seks seseorang melibatkan sentuhan pada alat kelamin sendiri dan untuk mencapai puncak syahwat. Ia dilakukan dengan tangan, sentuhan bahagian badan lain (kecuali hubungan seks), benda atau alat khusus ataupun dengan menggabungkan kesemua cara-cara ini.[1] Pelancapan adalah perbuatan autoerotikisme paling lazim.

Perlakuan ini telah diketahui melalui penggambaran dalam seni sejak zaman prasejarah dan turut disebutkan dan dibincangkan dalam tulisan-tulisan awal. Pada abad ke-18 dan ke-19, sesetengah ahli teologi dan pakar perubatan Eropah menggambarkannya sebagai "kejam", "menyedihkan", dan "mengerikan", tetapi pada abad ke-20, pantang larang ini secara amnya merosot. Terdapat peningkatan dalam perbincangan dan penggambaran pelancapan dalam seni, muzik popular, televisyen, filem, dan kesusasteraan. Hari ini, agama-agama mempunyai pandangan yang berbeza tentang pelancapan; sesetengah melihatnya sebagai amalan yang memudaratkan secara rohani, sesetengah melihatnya sebagai tidak menjejaskan rohani, dan lain-lain mengambil pandangan mengikut situasi. Status undang-undang pelancapan juga berubah mengikut sejarah dan melancap di khalayak ramai adalah haram di kebanyakan negara.[2]

Di dunia Barat, pelancapan secara peribadi atau dengan pasangan umumnya dianggap sebagai aktiviti yang normal dan sihat untuk keseronokan seksual. Pelancapan haiwan telah diperhatikan pada banyak spesis, kedua-duanya di hutan rimba dan di dalam kurungan.[3][4][5]

  1. ^ Berasaskan "pelancapan" di Merriam-Webster's Collegiate Dictionary, Eleventh Edition, Merriam-Webster, Inc., 2003
  2. ^ Hallikeri, Vinay R.; Gouda, Hareesh S.; Aramani, Sunil C.; Vijaykumar, A.G.; Ajaykumar, T.S. (Julai–Disember 2010). "MASTURBATION—AN OVERVIEW". Journal of Forensic Medicine and Toxicology. 27 (2): 46–49. ISSN 0971-1929. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Ogos 2016. Today, masturbatory act is considered as a healthy practice when done in private and an offence if done in the public in most of the countries. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Aldo Poiani (19 August 2010). Animal Homosexuality: A Biosocial Perspective. Cambridge University Press. ISBN 978-1-139-49038-2.
  4. ^ "Breeding Soundness Examination of the Stallion". Petplace.com. 2014-12-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2011. Dicapai pada 29 May 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Bagemihl, Bruce (1999). Biological Exuberance: Animal Homosexuality and Natural Diversity. St. Martin's Press. ISBN 978-0-312-19239-6. Dicapai pada 21 October 2015.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search