Meritokrasi


Meritokrasi adalah suatu sistem kerajaan aristokrat atau oligarki[1][2] atau organisasi lain yang mana perlantikan yang dibuat terhadap individu berdasarkan pemerintahan berdasarkan kebolehan kecerdasan dan merit yang ditunjukkan seseorang itu menerusi penggunaan peperiksaan keinstitusian. Oleh kerana sistem-sistem aristokrat dan oligarki menakrifkan jenis-jenis asas kerajaan yang mana meritokrasi menjadi sebahagian daripadanya, meritokrasi sendiri bukan satu jenis kerajaan, tetapi lebih kepada suatu ideologi. Individu-individu yang dilantik kepada suatu meritokrasi adalah dinilai berdasarkan kepada merit yang mana seperti yang dibahaskan oleh Michael Young adalah pada asasnya adalah kecerdasan dan bakat.

Ia selalu menjadi kes yang mana meritokrasi itu sendiri dikelirukan sebagai sejenis kerajaan lebih daripada sebetulnya ia adalah kaedah atau faktor yang digunakan di dalam atau untuk kerajaan, terutamanya perlantikan individu ke dalam kerajaan.

  1. ^ Aristot. Pol. 2.1261b
  2. ^ Aristotle, (351 BCE) Politics. Book Three Part IV. (Jowett, B., Trans)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search