Mesin taip

Mesin taip (Jawi: ميسين تاءيڤ) ialah peranti elektronik, elektromekanik atau mekanik dengan set "kekunci" yang menekan atau "menaip" huruf pada jalur berdakwat mencetakkan bentuk huruf sepadan pada kertas.

Mesin taip mempunyai kekunci mesin taip, dengan kekunci untuk huruf pada muka taip. Kaedah bagaimana mesin taip meletak tanda pada kertas sekarang pelbagai sebagaimana jenis pencetak, tetapi sehingga akhir abad ke-20, ia merupakan dengan hentaman logam (atau, kemudiannya, unsur jenis plastik berlogam pada jalur berdakwat yang menyebabkan dakwat melekat pada kertas. Kertas karbon kadang kala diselit antara beberapa lapisan kertas, agar salinan huruf dicetak pada setiap lapisan kertas.

Mesin taip Olivetti Lettera 32
Mesin taip Smith Premier, sekitar akhir abad ke-19.

Untuk sebahagaian besar abad ke-20, mesin taip merupakan alat penting di pejabat dan kebanyakan penulis. Kini, walaupun masih popular digunakan beberapa penulis dan di negara kurang maju, mesin taip kebanyakannya telah digantikan dengan pemproses kata pada komputer peribadi.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search