Michelle Yeoh


Michelle Yeoh

楊紫瓊
Yeoh pada 2023
Kelahiran
Yeoh Choo Kheng[1]

(1962-08-06) 6 Ogos 1962 (umur 62)
Nama lainMichelle Khan
PendidikanAkademi Tarian Diraja (BA)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1983–kini
PasanganDickson Poon (k. 1988; c. 1992)
Jean Todt (k. 2023)
AnugerahSenarai penuh
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "1 = Senarai penuh "

Yang Hormat Tan Sri Michelle Yeoh PSM (/j/ YOH; lahir Yeoh Choo Kheng; Cina mudah: 杨紫琼; Cina tradisional: 楊紫瓊; 6 Ogos 1962)[1][2] ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Dikreditkan sebagai Michelle Khan dalam filem-filem terawalnya di Hong Kong, beliau meniti kemasyhuran pada tahun 1990-an selepas membintangi dalam beberapa siri filem aksi Hong Kong yang mana beliau melakukan sendiri aksi ngerinya, seperti Yes, Madam (1985), Magnificent Warriors (1987), Police Story 3: Supercop (1992), The Heroic Trio (1993), dan Holy Weapon (1993).

Selepas berpindah ke Amerika Syarikat, Yeoh meraih pengiktirafan antarabangsa kerana membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies (1997) dan filem seni bela diri Ang Lee, Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000), yang mana beliau dicalonkan untuk Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama. Kerjayanya berkembang dengan filem-filem seperti Memoirs of a Geisha (2005), Sunshine (2007), The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor (2008), Reign of Assassins (2010), Kung Fu Panda 2 (2011), dan The Lady (2011), yang mana beliau melakonkan watak Aung San Suu Kyi.

Yeoh melakonkan watak pembantu dalam filem komedi Crazy Rich Asians (2018) dan Last Christmas (2019), dan filem Marvel Cinematic Universe Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021). Beliau juga berlakon dalam siri televisyen Star Trek: Discovery (2017–2020) dan The Witcher: Blood Origin (2022). Untuk peranannya sebagai ibu yang terharu mengemudi pelbagai alam dalam Everything Everywhere All at Once (2022),[3] beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik, menjadi rakyat Asia[a] pertama yang memenangi anugerah, dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi Anugerah Akademi dalam sebarang kategori.[4][5][6][7][8][9]

Laman web agregat ulasan filem Rotten Tomatoes menyenaraikan beliau, antara heroin aksi terhebat sepanjang zaman pada tahun 2008.[10] Pada tahun 1997, beliau telah dipilih oleh majalah People sebagai salah seorang daripada "50 Orang Paling Tercantik di Dunia", dan pada tahun 2009 majalah yang sama menyenaraikan beliau sebagai salah seorang "35 Jelitawan Layar Lebar Sepanjang Zaman".[11] Pada tahun 2022, Time menamakan beliau sebagai salah seorang daripada 100 orang paling berpengaruh dunia di dalam senarai tahunannya dan Ikon Tahun Ini.[12][13]

  1. ^ a b NBR Gala 2023 — NBR Best Actress Winner Michelle Yeoh (plus Awkwafina introduction) Diarkibkan 22 Januari 2023 di Wayback Machine. Youtube clip of the NBR Gala on 8 January 2023 at 4:00 mins
  2. ^ Encyclopædia Britannica Almanac 2010, p. 75 Diarkibkan 11 Januari 2023 di Wayback Machine
  3. ^ Sun, Rebecca (2023-03-08). "What Michelle Yeoh Taught Me About Motherhood". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2023. Dicapai pada 2023-03-19.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Kho
  5. ^ "Golden Globes 2023: Nominations List". Variety. 12 Disember 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Disember 2022. Dicapai pada 12 Disember 2022.
  6. ^ Ordoña, Michael; Phillips, Jevon (24 Januari 2023). "Here are the 2023 Oscar nominees: live updates". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2023. Dicapai pada 24 Januari 2023.
  7. ^ Pulver, Andrew (2023-03-13). "Michelle Yeoh wins best actress Oscar for Everything Everywhere All at Once". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2023. Dicapai pada 2023-03-13.
  8. ^ Cava, Marco della. "Michelle Yeoh wins best actress, making Oscars history: 'A beacon of hope and possibilities'". USA TODAY (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2023. Dicapai pada 2023-03-13.
  9. ^ Groom, Nichola (2023-03-13). "Michelle Yeoh wins best actress Oscar for 'Everything Everywhere All at Once'". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2023. Dicapai pada 2023-03-13.
  10. ^ "Total Recall: The 25 Best Action Heroines of All Time". Rotten Tomatoes. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2014. Dicapai pada 13 November 2011.
  11. ^ "35 All-Time Screen Beauties". People. 28 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2021. Dicapai pada 25 Januari 2021.
  12. ^ "The 100 Most Influential People of 2022". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2022. Dicapai pada 17 Disember 2022.
  13. ^ "Time names Michelle Yeoh its 2022 Icon of the Year. She's ready for Oscars love too". Los Angeles Times. 6 December 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2022. Dicapai pada 17 Disember 2022.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search