Minyak kelapa sawit

Ketulan minyak sawit berwarna cerah hasil pendidihan.

Minyak (kelapa) sawit ialah sejenis minyak sayuran boleh dimakan yang diperoleh dari buah dan isirong (benih) kelapa sawit (Elaeis guineensis). Minyak sawit biasanya berwarna kemerahan kerana mengandungi isi beta-karotena yang tinggi (tetapi apabila dididih, bahan karotenoid dalamnya musnah, sekaligus melunturkan warna minyak). Minyak sawit ialah salah sejenis minyak sayuran yang amat tinggi kandungan lemak tepu (seperti minyak kelapa) oleh itu berkeadaan separa pejal dalam suasana bersuhu bilik.

Minyak kelapa sawit laris digunakan sebagai minyak masak, ramuan marjerin, dan juga bahan untuk membuat pelbagai makanan diproses. Minyak ini juga adalah bahan terpenting dalam pembuatan sabun, serbuk cucian dan produk penjagaan diri, dan juga digunakan untuk merawat luka, dan juga menjadi bahan Bahan Bakar Bio.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search