Mitos penciptaan

Creazione di Adamo oleh Michelangelo menggambarkan penghidupan Adam dari perspektif agama Kristian dalam Kitab Kejadian

Mitos penciptaan atau cerita penciptaan merupakan kisah simbolik sesuatu budaya, tradisi atau orang yang menceritakan awal permulaan mereka, bagaimana dunia yang mereka kenali bermula dan kali pertama mereka muncul di situ.[1][2][3] Mitos penciptaan berkembang dalam tradisi lisan,[2] dan merupakan bentuk mitos paling biasa didapati sepanjang budaya manusia.[4][5] Di dalam masyarakat yang di mana ia diceritakan, mitos penciptaan biasanya di anggap mengandungi kebenaran sebenarnya, sungguhpun tidak semestinya dari segi sejarah atau kesusteraan.[4] Ia adalah biasa, dan kadang-kala dianggap mitos kosmologi—iaitu ia menggambarkan aturan kosmos dari keadaan kucar-kacir atau khayalan.[6] Ia sering dianggap kisah suci dan boleh didapati dalam kesemua tradisi ugama yang diketahui.[1][7]

Terdapat beberapa ciri-ciri yang ada pada semua mitos penciptaan. Kesemuanya merupakan kisah dengan plot dan watak yang samaada berkait dengan dewa, watak seperti manusia, atau haiwan, yang sering bertutur dan berubah dengan mudah.[8] Ia sering berlaku di masa lalu yang kabur dan tidak pasti, tempoh yang digelar oleh Mircea Eliade, pakar sejarah keugamaan sebagai in illo tempore.[7][9] Juga, kesemua mitos penciptaan kesemua mitos penciptaan menyentuh persoalan makna mendalam yang dipegang oleh masyarakat yang berkongsikannya, mendedahkan pandangan dunia mereka dan rangka kerja bagi jati-diri budaya dan individual dalam konteks sejagat.[10]

  1. ^ a b Encyclopædia Britannica 2009
  2. ^ a b Womack 2005, "Creation myths are symbolic stories describing how the universe and its inhabitants came to be. Creation myths develop through oral traditions and therefore typically have multiple versions."
  3. ^ Leeming 2005
  4. ^ a b Kimball 2008
  5. ^ Braziller 1963
  6. ^ See:
  7. ^ a b Johnston 2009
  8. ^ See:
  9. ^ Eliade 1963
  10. ^ See:

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search