Mohamed Noah Omar


Mohamed Noah Omar

PMN; SPMJ, SSIJ (Johor); DPMB (Brunei); PIS, JP (Johor)
Yang di-Pertua
Dewan Negara Malaysia
Dalam jawatan
24 Februari 1969 – 28 Julai 1970
Didahului olehSyed Sheh Hassan Barakbah
Digantikan olehAbdul Hamid Khan Sakhawat Ali Khan
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Johor Bahru Timur, Johor
Dalam jawatan
11 September 1959 – 1 March 1964
Didahului olehKonstituensi Baharu
Digantikan olehFatimah Abdul Majid
Yang di-Pertua
Dewan Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
1 September 1959 – 29 Februari 1964
Didahului olehJawatan Baharu
Digantikan olehSyed Esa Alwee
Butiran peribadi
LahirMohamed Noah bin Orang Kaya Omar
(1897-08-13)13 Ogos 1897
Bandar Maharani
Muar Muar, Johor Johor, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, United Kingdom Empayar British
Meninggal dunia6 September 1991(1991-09-06) (umur 94)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
Parti politik UMNO
PasanganPuan Sri Maimun Abdul Manaf (k. 1921; m. 1968)
Puan Sri Siti Aminah Kusuma
(1916–17 Julai 2014) (k. 1980)
Anak-anakDatin Fakhriah
Toh Puan Suhailah
Tun Rahah
Abu Rais
HubunganTan Sri Anwar Abdul Malik (sepupu)
Dato' Hussein Mohd Taib (besan)
Dato' Onn Jaafar (besan)
Tun Abdul Razak (menantu)
Dato' Sri Najib Razak (cucu)
Tan Sri Nazir Razak (cucu)
Dato' Seri Hishammuddin Hussein (cucu)
Dato' Mohd Nizar Najib (cicit)
Datuk Onn Hafiz Ghazi (cicit)
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

Tan Sri Dato' Haji Mohamed Noah bin Orang Kaya Omar, atau Noah Beirut (13 Ogos 1897[1] – 6 September 1991) merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang pertama (1 September 1959 – 29 Februari 1964) dan Yang di-Pertua Dewan Negara yang ketiga (24 Februari 1969 – 28 Julai 1970). Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Parlimentari Komanwel. Selepas bersara, beliau menjadi Pengarah Genting Highlands Sdn Bhd, sebuah pusat perjudian di Gunung Ulu Kali.[2]

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 bagi kawasan Johor Bahru Timur, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

  1. ^ Fawzia Abdullah (2010). The three swans : Fakhriah, Suhailah, Rahah. Petaling Jaya, Selangor: MPH Publishing. m/s. 26. ISBN 978-967-5222-79-5. OCLC 643766906.
  2. ^ The Straits Times, 29 Januari 1977, Mukasurat 36 ; Looking Back 5 Year [pautan mati kekal]

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search