Mohammad bin Salman

Mohammad bin Salman
Duli Yang Teramat Mulia
Putera Mahkota Arab Saudi
Putera Mahkota Arab Saudi
Pemerintahan21 Jun 2017 – kini
Didahului olehMuhammad bin Nayef
MonarkiSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Perdana Menteri Arab Saudi
Pemerintahan27 September 2022 – kini
Didahului olehSalman ibn Abdulaziz Al Saud
MonarkiSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi
Timbalan Perdana Menteri kedua Arab Saudi
masih menjabat29 April 2015 – 21 Jun 2017
Didahului olehMuhammad bin Nayef
Diikuti olehtiada
Menteri Pertahanan Arab Saudi
Pemerintahan23 Januari 2015 – 27 September 2022
Didahului olehSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Diikuti olehKhalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud
MonarkiSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Keputeraan (1985-08-31) 31 Ogos 1985 (umur 38)
Jeddah, Arab Saudi
PasanganSara binti Mashoor bin Abdul-Aziz Al Saud[1]
Nama penuh
Putera Mohamed Bin Raja Salman Al Saud
KerabatAl Saud
AyahandaRaja Salman ibni Raja Abdulaziz Al Saud
BondaFahda binti Falah bin Sultan bin Hathleen
AgamaIslam

Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Arab Saudi Mohammad Bin Raja Salman Al-Saud (Arab: محمد بن سلمان بن عبد العزيز آل سعود; dilahirkan pada 31 Ogos 1985) merupakan Putera Mahkota Arab Saudi serta Perdana Menteri negara.[2][3] Beliau juga merupakan ketua hakim bagi Mahkamah Diraja Saud dan seorang pengerusi Lembaga Ekonomi dan Pembangunan Arab Saudi. Beliau menjadi lebih terkenal berikutan di bawah pemerintahan ayahandanya, Raja Salman.[4] Beliau dinaikkan pangkat menjadi Putera Mahkota Arab Saudi pada 21 Jun 2017 berikutan ayahandanya telah memecat Putera Mahkota Muhammad bin Nayef untuk semua kedudukan rasmi di dalam monarki Arab Saudi. Dengan tindakan ini, Putera Muhammad bin Nayef disingkirkan secara rasmi sebagai pewaris takhta Raja Arab Saudi dan tempat beliau digantikan oleh sepupunya, Mohammad bin Salman.[5][6][7]

Beliau dikenali kerana memiliki kawalan ketara terhadap kerajaan Saudi sehingga dianggap sebagai ketua Arab Saudi secara de facto berbanding ayahandanya. Dalam pemerintahan Salman, beliau dikenali dengan reformasi-reformasi bersangkutan liberalisasi hak asasi, termasuk pengehadan kuasa Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar,[8] perluasan hak-hak wanita, terutamanya penghapusan larangan wanita untuk memandu, dan perluasan wanita dalam sektor hiburan dan pekerjaan, serta pembukaan Arab Saudi terhadap pelancong asing.

Walau bagaimanapun, pemerintahannya juga dicemari pencabulan-pencabulan hak asasi manusia dan sekatan hak bersuara melalui kekerasan dan pembunuhan.[9] Beliau disebut-sebut sebagai dalang utama pembunuhan Jamal Khashoggi, seorang wartawan pengkritik monarki Saudi terkemuka.[10] Selain itu, bin Salman turut dikatakan bertanggungjawab dalam konflik-konflik tempatan, termasuk peperangan di Yaman[11] dan Syria, serta krisis diplomasi Qatar pada 2017.

  1. ^ "Profile: Saudi crown prince Mohammed bin Salman". www.aljazeera.com.
  2. ^ "Mohammad bin Salman named new Saudi Crown Prince". TASS (dalam bahasa Inggeris). Beirut. 21 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-22. Dicapai pada 22 Jun 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Mohammed bin Nayef kingpin in new Saudi Arabia: country experts". Middle East Eye. 1 Februari 2015. Dicapai pada 1 Februari 2015.
  4. ^ Transcript: Interview with Muhammad bin Salman The Economist, 6 Januari 2016.
  5. ^ CNN, Nicole Chavez, Tamara Qiblawi and James Griffiths. "Saudi Arabia's king replaces nephew with son as heir to throne". CNN.
  6. ^ Raghavan, Sudarsan; Fahim, Kareem (21 Jun 2017). "Saudi king names son as new crown prince, upending the royal succession line". The Washington Post. Dicapai pada 21 Jun 2017.
  7. ^ "Saudi royal decrees announcing Prince Mohammed BinSalman as the new crown prince". The National. Abu Dhabi: Abu Dhabi Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-21. Dicapai pada 21 Jun 2017.
  8. ^ Mazzetti, Mark; Hubbard, Ben (Oktober 16, 2016). "Rise of Saudi Prince Shatters Disades of Royal Tradition". The New York Times. m/s. A1. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2016. Dicapai pada 17 Oktober 2016.
  9. ^ "Critics cite worsening Saudi repression two years after journalist's gruesome slaying". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). 2020-10-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2021. Dicapai pada 2021-07-18.
  10. ^ Hubbard, Ben (2019-01-03). "Saudi Arabia Seeks Death Penalty for 5 Suspects in Khashoggi Killing". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2022-09-27.
  11. ^ "The war in Yemen is disastrous. America is only making things worse". The Guardian. 11 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oktober 2018. Dicapai pada 20 Oktober 2018.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search