Mufti


Mufti (Jawi: مفتي serapan Arab: مُفْتِي, rumi: muftī) adalah seorang ahli hukum Islam yang berkelayakan untuk mengeluarkan pendapat (fatwa) yang tidak terikat mengenai hukum syarak.[1][2] Perbuatan mengeluarkan fatwa disebut iftāʾ.[3] Mufti dan fatwa mereka memainkan peranan penting sepanjang sejarah Islam, mengambil peranan baru di era moden.[4][5] Mufti boleh dianggap sebagai penasihat agama Islam, yang juga merupakan tonggak penasihat agama Islam bagi sesebuah negara mahupun negeri.[6]

Setiap seorang Mufti biasanya mempunyai panggilan ataupun gelaran dihadapan namanya. Gelaran yang selalu digunakan ialah "Sahibus Samahah" yang beerti 'yang memiliki sifat toleransi'. Ini kerana Mufti sudah cukup terkenal untuk disamakan dengan orang yang bertanggungjawab mengeluarkan sebarang fatwa. Dan semua fatwa yang dikeluarkan adalah bersandarkan kepada hukum Al-Quran, Hadis Rasulullah, Qiyas dan Ijmak Ulama. Kebanyakan kes-kes yang melibatkan hubungan antara manusia, adat dan agama pada hari ini agak sukar untuk diselesaikan kerana kes-kes yang berbangkit hanya wujud pada zaman mutakhir ini dan sudah tentunya setiap Mufti perlu melakukan penilaian tepat dan bertoleransi kepada setiap hukum yang akan dikeluarkan mengikut persekitaran dan keadaan semasa.

  1. ^ Nanji 2009.
  2. ^ Swartz 2009.
  3. ^ Hendrickson 2013.
  4. ^ Masud & Kéchichian 2009.
  5. ^ Dallal & Hendrickson 2009.
  6. ^ http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1333:mufti-perak-harus-bertaubat-dewan-ulama-pas-perak&catid=48:dewan-ulama&Itemid=128

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search