Muhyiddin Yassin


Muhyiddin Yassin

محيي الدين ياسين
Malaysia Perdana Menteri Malaysia ke-8
Dalam jawatan
1 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
(Sementara : 16 Ogos 2021 – 21 Ogos 2021)
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Timbalan Ismail Sabri Yaakob
Didahului oleh Mahathir Mohamad
Digantikan oleh Ismail Sabri Yaakob
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pagoh, Johor
Memegang jawatan
8 Julai 1978
Didahului oleh Syed Nasir Syed Ismail
Presiden
Bersatu
Memegang jawatan
7 September 2016
Timbalan PresidenAhmad Faizal Azumu
Naib PresidenAbdul Rashid Abdul Rahman
Abdul Rashid Asari
Hamidah Osman
Ronald Kiandee
Mohd Radzi Md Jidin
Mohd Rafiq Naizamohideen
Didahului olehKedudukan Ditetapkan
Pemangku Pengerusi
Bersatu
Dalam jawatan
24 Februari 2020 – 23 Ogos 2020
Presidendirinya sendiri
Didahului olehMahathir Mohamad
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Timbalan Presiden
UMNO
Dalam jawatan
26 Mac 2009 – 26 Februari 2016
PresidenNajib Razak
Naib PresidenAhmad Zahid Hamidi
Mohd Shafie Apdal
Hishammuddin Hussein
Didahului olehNajib Razak
Digantikan olehAhmad Zahid Hamidi
Setiausaha Parlimen Hal Ehwal Luar
Dalam jawatan
1982–1983
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
Dalam jawatan
1983–1986
Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian
Dalam jawatan
1995–1999
Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
1999–2004
Digantikan oleh Hishammuddin Hussein
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan
Dalam jawatan
2004–2008
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Dalam jawatan
2008–2009
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Dalam jawatan
2009–2015
Timbalan Perdana Menteri ke-10
Dalam jawatan
2009–2015
Menteri Pendidikan
Dalam jawatan
2009–2015
Menteri Dalam Negeri
Dalam jawatan
2018–2020
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara
Dalam jawatan
2021–2022
Butiran peribadi
LahirMahiaddin bin Md. Yasin [1][2][3][4]
(1947-05-15) 15 Mei 1947 (umur 77)
Muar, Johor, Malayan Union (Kini Malaysia)
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik UMNO (1971–2016)
BERSATU (sejak 2016)
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional
(sejak 2020)
Pakatan Harapan
(2017–2020)
Barisan Nasional
(1974–2016)
Parti Perikatan
(1971–1974)
PasanganNoorainee Abdul Rahman (k. 1972)
Anak-anak4
KediamanBukit Damansara
Kuala Lumpur, Malaysia
Alma materUniversiti Malaya (Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya)
PekerjaanAhli politik
Tandatangan
Laman web rasmiTSMY Official Facebook Page

Yang Berhormat[5][6] Tan Sri Dato' (Dr.) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin (Jawi: محيي الدين بن محمد ياسين, IPA: IPA: [muhjɪddɪn bɪn ˈmuɦɑmmæd jɑ̀ssɪn]; dilahirkan pada 15 Mei 1947 sebagai Mahiaddin bin Md Yasin)[7] merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-8 dari Mac 2020 sehingga Ogos 2021. Susulan peletakan jawatannya, beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan Malaysia dari 16 sehingga 21 Ogos 2021, di mana kemudiannya Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Pada September 2021, beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob.[8]

Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi Pagoh, Ahli Dewan Negeri Johor bagi Gambir, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden Pakatan Harapan dari 2016 sehingga 2020 dan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari 2009 sehingga 2015, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Presiden UMNO, parti komponen utama Barisan Nasional (BN) dari 2009 hingga 2016.

Beliau dibesarkan di negeri Johor Darul Ta'zim dan menyertai perkhidmatan awam negeri selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaya. Beliau memegang jawatan pengurusan di pelbagai syarikat milik kerajaan negeri.

Pada tahun 1978, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk Pagoh. Selepas tiga tahun dilantik sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen kepada Menteri Luar Negeri, seterusnya sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan kemudian Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri I. Sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor untuk dua penggal dari tahun 1986 hingga 1995.

Beliau kembali ke politik persekutuan pada 1995 dan dilantik ke Kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia selepas pilihan raya umum Malaysia 1999 dan menjadi Naib Presiden UMNO pada tahun 2000. Di bawah pemerintahan utama Abdullah Ahmad Badawi, Muhyiddin berkhidmat sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (2004-2008) dan kemudian Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008-2009).

Pada 2008, beliau bertanding dan memenangi timbalan presiden UMNO dan telah dilantik Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak pada 2009. Sebagai Menteri Pendidikan, Muhyiddin mengakhiri penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran untuk sains dan matematik di sekolah-sekolah awam. Beliau juga mencetuskan kontroversi selepas menggambarkan dirinya sebagai "Malay first" (lit.Melayu dahulu) ketika dicabar oleh pembangkang untuk menyebut dirinya sebagai "Malaysian first" (lit. orang Malaysia dahulu) Semasa penggal pertengahan rombakan Kabinet pada bulan Julai 2015, beliau digugurkan dari kedudukannya, menandakan penyandang pertama yang akan ditinggalkan;[9] pada Jun 2016 beliau dipecat daripada UMNO.[10] Pada 9 Mac 2023, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditahan oleh SPRM jam 1 petang [11] Pada 9 Mac 2023, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa pada 10 Mac 2023, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah atas kesalahan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). SPRM memaklumkan Muhyiddin bakal menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. [12]

  1. ^ "'Muhyiddin Or Mahiaddin?' Shah Alam Court Rules Out Order Made By PM Because He Didn't Use His Real Name". The Rakyat Post. Dicapai pada 8 April 2021.
  2. ^ "Report: Sabahan walks free after High Court revokes detention order signed by PM with 'glamour name'". Malay Mail. 2 April 2021. Dicapai pada 8 April 2021.
  3. ^ "Muhyiddin or Mahiaddin contesting in Pagoh - Bersatu chief asks EC". Malaysia Kini. 29 April 2018. Dicapai pada 19 April 2021.
  4. ^ "Don't spell my name as Mahiaddin, Muhyiddin tells Election Commission". The Star. 29 April 2018.
  5. ^ "Panggilan Yang Berhormat dikhaskan untuk penerima gelaran Dato' yang dianugerahkan oleh Sultan Johor Darul Ta'zim". Ibnu Rusydi. Dicapai pada 2 November 2016.
  6. ^ Syarat ketat anugerah Datuk Johor, Utusan Online, dicapai pada 20 Disember 2016
  7. ^ Jangan cetak nama saya sebagai 'Mahiaddin' - Tan Sri Muhyiddin Yassin, Astro Awani, dicapai pada 18 Jun 2018
  8. ^ Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, malaysiakini Dicapai pada 4 September 2021
  9. ^ Beliau telah digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak dengan tuntutan bahawa ia adalah keputusan yang sangat sukar.
  10. ^ "UMNO sacks former Malaysian DPM Muhyiddin Yassin and Mukhriz Mahathir". Channel NewsAsia. 24 Jun 2016. Dicapai pada 27 Jun 2016.
  11. ^ Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditahan oleh SPRM Jam 1 petang, Astro Awani Dicapai pada 9 Mac 2023
  12. ^ Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok, Berita Harian Dicapai pada 9 Mac 2023

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search