Mukjizat


Mukjizat (Arab: مُعْجِزَة, rumi: mu`jizah "kuasa luar biasa",[1] "perkara yang menyebabkan lawan menjadi lemah" terbitan kata kerja عَجَزَ`ajaza "menjadi lemah"[1]) ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para Nabi dan Rasul. Mukjizat ialah perkara luar biasa yang mencarik adat atau khariqu l-`adat (خارق العادة), iaitu sesuatu yang menyalahi kebiasaan manusia biasa.

Mukjizat berlaku secara spontan dengan izin Allah. Tiada siapa, termasuk Nabi atau Rasul yang melakukannya, mampu menghasilkan satu mukjizat sendirian tanpa izin Allah. Mukjizat tidak diperoleh melalui pembelajaran. Sesetengah mukjizat, telah menakutkan Nabi atau Rasul yang melakukannya, dan inilah apa yang telah berlaku kepada Nabi Musa apabila baginda diperintahkan untuk melontarkan tongkatnya, yang kemudian dia melihatnya bergerak seolah-olah ia seekor ular. Nabi Musa sendiri takut dengan apa yang berlaku.[2]

Allah telah menjadikan bagi setiap Nabi mukjizat yang bersesuaian dengan zamannya, dalam tiga bentuk berikut[3]:

  1. Perbuatan, seperti keluarnya unta Nabi Saleh a.s. daripada batu gunung, dan menukarkan tongkat Nabi Musa kepada ular.
  2. Pencegahan, seperti api tidak membakar Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalamnya.
  3. Perkataan, seperti Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad .
  1. ^ a b Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 241–242. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ Syeikh Mustafa At-Tayr. Signs of Muhammad's Prophethood. Egypt: Conveying Islamic Message Society
  3. ^ Syeikh Mustafa At-Tayr. Al-Mu`jizatu l-Khalidatu Wa'ayatu n-Nubuwwati l-Muhammadiyyah. Egypt: Conveying Islamic Message Society

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search