Muzik

Muzik (Jawi: موزيك Mal., Sin., juga musik Ind. tmsk Riau) ialah seni menggubah susun turutan bunyi mencakupi unsur-unsur irama, rentak dan harmoni[1] yang diterima oleh individu yang menerima bergantung kepada masa, tempat, budaya dan citarasa. Kegiatan mencipta, memperbaiki dan mempersembahkan karya berseni bunyi ini (secara kebolehan dalam diri seperti menyanyi mahupun menggunakan alat khas) dianggap suatu seni manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.

Karya-karya muzik boleh dikelompokkan mengikut fungsi sama ada untuk tujuan hiburan atau pergaulan masyarakat mahupun untuk kepentingan seperti amalan agama (termasuk mantera dan gita puja dalam sembahyang anutan tertentu) atau pekerjaan. Ia juga boleh dihimpunkan mengikut ciri tertentu dikongsi dalam genre.

Pengungkapan idea "muzik" dahulu dikaitkan dengan Mousai iaitu dewi-dewi seni dan pengetahuan yang dipercayai masyarakat Yunani Purba lalu memberi akar kepada istilah ini (μουσική mousike)[2] melalui kata bahasa Belanda muziek yang dahulunya diberi maksud "tetabuhan".[3][4]

  1. ^ Company, Houghton Mifflin Harcourt Publishing. "The American Heritage Dictionary entry: Music". ahdictionary.com. Dicapai pada 2021-01-20.
  2. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert. "μουσική". A Greek–English Lexicon. Tufts University. Dicapai pada 27 Oktober 2015 – melalui Perseus.
  3. ^ "muziek". EtymologieBank., memetik:
    • van der Sijs, Nicoline (2010). "muziek". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "muziek". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  4. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "muziek". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 218. tetaboehan.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search