Nabi Isa a.s.

Untuk kisah mengenai Nabi Isa, sila lihat
Nabi Isa

Isa al-Masih
Ibrani יהושע‎ (Yehoshua)
Arab (عيسى, ʿĪsā)
Aram ישוע‎ (Yeshua)
Nama Isa ditulis dalam seni khat.
KelahiranTahun 7-2 (Sebelum Masihi) di
Baitullaham dibawah pemerintahan Judea Lama. (kini sebahagian daripada Palestin).
Hilang padaantara tahun ke-30 ke 33 Masihi
Taman Gethsemane, Jerusalem
Meninggal duniabelum meninggal dunia sebaliknya diangkat oleh Allah diantara umur 30-33 tahun. Akan turun kembali ke bumi apabila Hari Kiamat mula hampir. Lihat Tanda-tanda Kiamat.
Terkenal keranasalah seorang dari Nabi dan rasul dalam ajaran Islam dan Rasul Ulul Azmi.
PasanganTidak berkahwin
Anak-anakTiada anak, namun meninggalkan 12 orang Hawari.
Ibu bapaTiada bapa, mempunyai ibu bernama Maryam

Sebahagian siri Islam
Fail:Allah-eser-green.png
Rukun Iman

Hari Akhirat

Tanda-Tanda Kiamat
Hari Kiamat (القيامة)
Alam Barzakh (برزخ)
Dabbat al-Ard (دابة الأرض‎)
Dajal (الدّجّال‎)
Imam Mahdi (المهدي‎)
Nabi Isa a.s. (عيسى‎)
Yakjuj & Makjuj (يأجوج و مأجوج‎)  ·
Tiupan Sangkakala
Padang Mahsyar (محشر‎)
Siratal Mustaqim(الصراط المستقيم‎)
Syurga Firdaus (فردوس‎)
Neraka Jahannam (جهنم‎)

Portal Islam

Isa (عيسى) merupakan seorang nabi yang penting dalam agama Islam. Dalam Kitab Suci Al Qur'an, ia digelar Isa ibni Maryam atau Isa al-Masih. Kata ini diperkirakan berasal dari bahasa Aram, Eesho atau Eesaa/ didalam teks asli yang dibaca E( Ye ) dan menghasilkan pelbagai perubahan bahasa/loghat sehingga sering disebut sebagai Yesus di Indonesia dan Jesus di peringkat antarabangsa. Jesus Christ atau Jesus Dari Nazareth ialah nama yang umumnya diguna pakai oleh penganut Kristian untuk menyebutnya, sedangkan orang Arab Kristian pula menyebutnya dengan Yasu' al-Masih (يسوع المسيح).

Mengikut Al-Quran, keturunan Isa bermula dari kelahiran Maryam iaitu anak perempuan Imran, berlanjut dengan tumbuh kembangnya didalam asuhan Zakaria, serta kelahiran Yahya. Kemudian Qur'an menceritakan keajaiban kelahiran Isa sebagai anak kepada Maryam tanpa ayah.

(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Wahai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putera Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah) (Al-Quran surah Ali Imran ayat 45)

Cerita tentang Isa kemudian diteruskan dengan pengangkatannya sebagai seorang utusan Allah, penolakan oleh Bani Israel dan berakhir dengan pengangkatannya ke langit.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search