Naib Canselor Jerman

Timbalan kepada Canselor Persekutuan
Republik Persekutuan Jerman
Stellvertreter des Bundeskanzlers
Jata Pemerintah Jerman
Penyandang
Robert Habeck
sejak 8 Disember 2021
GelaranEn. Naib Canselor (informal)
Yang Amat Berhormat (diplomatik)
StatusTimbalan kepada ketua pemerintahan
Anggota bagiKabinet Jerman Sunting nilai ini di Wikidata
Bidang kuasaJerman Sunting nilai ini di Wikidata
PusatSebagai Menteri Persekutuan; pada masa ini Kementerian Persekutuan bagi Hal Ehwal Ekonomi dan Tindakan Iklim, Berlin/Bonn
PenamaCanselor Jerman atau parti gabungan
Dilantik olehCanselor Jerman
Tempoh jawatanAtas kehendak Canselor
Surat cara pembentukanHukum Asas Republik Persekutuan Jerman (Perlembagaan Jerman)
Dibentuk24 Mei 1949 (1949-05-24)
Pemegang pertamaFranz Blücher
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Naib Canselor Jerman, secara tidak rasmi Naib Canselor Republik Persekutuan Jerman (Bahasa Jerman: Vizekanzler der Bundesrepublik Deutschland)[1], secara rasmi Timbalan Canselor Persekutuan (Bahasa Jerman: Stellvertreter des Bundeskanzlers), adalah, menurut protokol, jawatan kedua tertinggi dalam Kabinet Jerman. Jawatan ini setaraf dengan timbalan perdana menteri dalam sistem berparlimen yang lain.

Sekiranya canselor meletakkan jawatan, meninggal dunia atau tidak dapat menjalankan tugas secara kekal, naib canselor tidak secara automatik menjadi canselor seterusnya. Dalam kes sedemikian, Presiden Persekutuan menugaskan seorang menteri untuk berkhidmat sebagai pemangku canselor sehingga Bundestag (parlimen) memilih canselor baharu.<ref>Ute Mager, in: von Münch/Kunig: Grundgesetz-Kommentar II, 5. Auflage 2001, Rn. 10/11 zu Art. 69.</re).

Naib Canselor Jerman semasa ialah Robert Habeck, yang mengambil alih jawatan pada 8 Disember 2021, menggantikan Olaf Scholz, yang melepaskan jawatan itu untuk menjadi Canselor.

  1. ^ Awalan "Vize-" berasal daripada bahasa Latin "vicis" yang bermaksud "di tempat". "Kanzler" (Canselor) ialah gelaran tradisional ketua kerajaan di Jerman. Walaupun pejabat itu sentiasa dikenali secara meluas sebagai Vizekanzler, ini tidak pernah menjadi gelaran rasmi. Gelaran rasmi sejak 1949 jarang digunakan di luar konteks yang sangat formal.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search