Najwa Latif

Najwa Latif
Najwa ketika membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik 26
Kelahiran
Imratul Najwa binti Abdul Latif

(1995-05-23) 23 Mei 1995 (umur 29)
PekerjaanPenyanyi, komposer, pensyarah
Tahun aktif2011–kini
EjenNAR Records
PasanganAkwa Arifin (k. 2022)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Alat muzik terkenal
Gitar akustik
Laman web rasmiwww.najwa595.net

Imratul Najwa binti Abdul Latif (Jawi: إمرة النجوى بنت عبد اللطيف)[1] (lahir 23 Mei 1995; umur 29 tahun) merupakan seorang penyanyi, dan pencipta lagu Malaysia. Beliau mulai terkenal menerusi lagu - lagu ciptaan beliau yang diletakkan dalam sebuah laman video, YouTube. Beliau mencipta kejutan pada Separuh Akhir Muzik Muzik 26 apabila lagu beliau, Cinta Muka Buku layak ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-26.

Beliau kini telah berjaya melahirkan sebuah mini album berjudul Najwa Latif[2]Sehingga Mac 2013, Najwa berjaya mengekalkan kedudukan konsisten dalam radar muzik Malaysia apabila kesemua single yang dikeluarkan sejak debut berjaya menduduki tangga pertama carta utama seperti Radio Era dan Radio Hot. Lagu beliau yang menjadi juara (mengikut turutan) adalah Cinta Muka Buku (Ogos-September 2011), Carta Hati (Februari - April 2012), Kosong (April-Jun 2012), Untuk Dia (Jun - Ogos 2012), Adamu (November 2012) dan Sahabat (Februari-Mac 2013). Lagu Untuk Dia dendangan bersama kumpulan Sleeq masih menjadi lagu Melayu paling banyak ditonton sehingga kini iaitu mencecah 20 juta tontonan. Pada tahun 2013, single terbarunya yang berjudul AdaMu telah dimuatkan dalam tema lagu drama Setia Hujung Nyawa.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search