Nasionalisme Palestin

Nasionalisme Palestin ialah sebuah gerakan kebangsaan orang Palestin yang menyokong penentuan nasib sendiri dan kedaulatan ke atas wilayah Palestin.[1] Dengan asalnya yang terbentuk melalui pembantahan terhadap Zionisme, nasionalisme Palestin kemudian terantarabangsa dan terikat pada beberapa ideologi lain.[2] Ideologi ini juga telah membantah pendudukan wilayah Palestin oleh pemerintah Israel sejak Perang Enam Hari pada tahun 1967.[3] Para pejuang Palestin sering kali merangkumi tradisi pemikiran politik yang lebih luas ke dalam ideologi mereka, contohnya seperti sosialisme Arab dan nasionalisme etnik dalam konteks nasionalisme keagamaan Muslim. Fahaman berkaitan telah membentuk kerajaan Palestin hingga ke masa kini.

Dalam konteks Konflik Arab–Israel yang lebih luas pada kurun ke-21, desakan pejuang Palestin meliputi pengakhiran terhadap status pelarian individual yang terpisah dari tanah air semasa pengusiran dan pelarian orang-orang Palestin pada tahun 1948, dengan menyokong hak untuk kembali sama ada pulang ke wilayah yang terjajah atau pulang ke tempat yang sekarang berada di Israel. Tambahan pula, para pejuang telah berusaha untuk menambah baik keadaan-keadaan kemandirian penduduk yang sedia ada secara khusus seperti hak kebebasan perhimpunan, hak pekerja, hak menerima jagaan kesihatan, dan hak kebebasan bergerak. Perbezaan antara puak pejuang sering menimbulkan kebuntuan terhadap matlamat ideologi tertentu, contohnya ialah jurang pemahaman antara puak Islamis yang menyokong Palestin menjadi negara yang lebih bersifat autoritarian berbanding dengan puak sentris dan puak sekularis yang mendukung penentuan nasib secara demokratik. Puak Palestin yang menyokong agenda tanpa kekerasan juga sering bertembung dengan ultranasionalis yang melibatkan diri dalam keganasan politik di luar dan di dalam Israel.

  1. ^ de Waart, 1994, p. 223. Referencing Article 9 of The Palestinian National Charter of 1968. The Avalon Project has a copy here [1]
  2. ^ Joffe, Alex. "Palestinians and Internationalization: Means and Ends." Begin–Sadat Center for Strategic Studies. 26 November 2017. 28 November 2017.
  3. ^ "No UN Vote Can Deny the Palestinian People Their Right to Self Determination". The Huffington Post UK. 2 Januari 2015.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search