Naskhah Quran Birmingham

Naskhah Quran Birmingham
Perpustakaan Penyelidikan Cadbury, Universiti Birmingham
folio 2 rekto (kiri) dan folio 1 verso (kanan)
TarikhAntara lebih kurang tahun 568M dan tahun 645M
BahasaArab
Scribe(s)Tidak diketahui
Bahan
Formatmenegak
TulisanHijaz
KandunganSebahagian surah 18 hingga 20
Taksiran1572a
Perbandingan antara senaskhah Quran abad ke-21 (kiri)dan naskhah Quran Birmingham

Dua lembaran sebuah naskhah Quran awal dalam Koleksi Mingana[1] naskhah Timur Tengah Perpustakaan Penyelidikan Cadbury Universiti Burmingham telah ditemui pada tahun 2015 sebagai bertarikh antara tahun 568M dan tahun 645M, menjadikannya antara naskhah Quran tertua setakat ini.[2][3]

Naskhah ini ditulis dengan dakwat di atas kertas kulit, menggunakan khat Hijaz Arab yang agung dan masih boleh dibaca dengan mudah.[3] Lembaran ini mengandungi sebahagian Surah 18 hingga 20.[4] Pihak universiti bercadang untuk meletakkan naskhah ini dalam pameran awam di Bangunan Muzik Bramall di universiti pada bulan Oktober 2015,[2][5] dan kemudian di Muzium Birmingham dan Galeri Seni pada tahun 2016.[6]

  1. ^ "Virtual Manuscript Room" [Bilik Naskhah Maya] (dalam bahasa Inggeris). Universiti Birmingham. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-25. Dicapai pada 25 Julai 2015.
  2. ^ a b "Birmingham Qur'an manuscript dated among the oldest in the world" [Naskhah Quran Birmingham bertarikh antara yang tertua di dunia] (dalam bahasa Inggeris). Universiti Birmingham. 22 Julai 2015. Dicapai pada 22 Julai 2015.
  3. ^ a b "'Oldest' Koran fragments found in Birmingham University" [Cebisan Quran 'tertua' telah ditemui di Universiti Birmingham] (dalam bahasa Inggeris). BBC. 22 Julai 2015. Dicapai pada 22 Julai 2015.
  4. ^ "Tests show UK Quran manuscript is among world's oldest" [Ujian menunjukkan naskhah Quran UK antara yang tertua di dunia] (dalam bahasa Inggeris). CNN. 22 Julai 2015. Dicapai pada 22 Julai 2015.
  5. ^ Kennedy, Maev (22 Julai 2015). "Oldest Quran fragments found at Birmingham University" [Cebisan Quran tertua ditemui di Universiti Birmingham]. The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Julai 2015.
  6. ^ Authi, Jasbir (22 Julai 2015). "Worldwide media frenzy as 'oldest Koran' found lying forgotten at University of Birmingham" [Riuh media seluruh dunia apabila 'Quran tertua' ditemui berbaring dilupakan di Universiti Birmingham]. Birmingham Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Julai 2015.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search