Nefertem | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
![]() Dewa Nefertem dari Memphis dengan hiasan kepala teratai sebagai simbol keharuman dan kecantikan. | ||||||
Nama dalam hieroglif |
| |||||
Pusat kultus utama | Memphis | |||||
Simbol | teratai, singa (kadangkala) | |||||
Ibu bapa | Ptah dan Sekhmet atau Bastet |
Nefertem (/ˈnɛfərˌtɛm/; mungkin bermaksud "sang cantik yang menutup" atau "yang tidak menutup"; juga dieja Nefertum atau Nefer-temu) pada asalnya ialah sekuntum bunga teratai di penciptaan dunia, dalam mitologi Mesir purba, yang muncul daripada perairan azali.[2] Nefertem mewakili cahaya matahari pertama dan bau harum bunga teratai biru Mesir, kerana dia dipercayai timbul daripada perairan azali itu dalam teratai air biru Mesir, Nymphaea caerulea. Beberapa gelaran Nefertem ialah "Dia yang Cantik" dan "Teratai Matahari", dan satu versi Kitab Orang Mati berkata:
Terbitlah seperti Nefertem dari teratai biru, ke rongga hidung Ra (pencipta dan dewa matahari), dan datanglah di ufuk setiap hari.
Nefertem dipercayai ialah anak kepada dewa pencipta Ptah, dan dewi Sekhmet dan Bastet kadangkala dikatakan ibunya. Dalam seni, Nefertem biasanya digambarkan sebagai seorang lelaki muda yang cantik dengan bunga teratai biru di kepalanya. Sebagai anak kepada Bastet, dia juga kadang-kadang berkepala singa atau menjelma sebagai singa atau kucing berbaring. Orang Mesir purba sering membawa patung kecil dia sebagai azimat tuah.
Salah satu gambaran Nefertem yang paling terkenal ialah Kepala Nefertem, patung kayu menggambarkan raja muda Tutankhamun sebagai Nefertem dengan kepalanya muncul daripada bunga teratai.
Sebahagian daripada siri |
Agama Mesir Purba |
---|
![]() |
Portal Mesir Purba |
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search