Nefertem

Nefertem
Dewa Nefertem dari Memphis dengan hiasan kepala teratai sebagai simbol keharuman dan kecantikan.
Nama dalam hieroglif
F35I9
D21
X1
U15
A40
[1]
Pusat kultus utamaMemphis
Symbolteratai, singa (kadangkala)
Ibu BapaPtah dan Sekhmet atau Bastet
Paparan amaran: Halaman menggunakan Template:Infobox deity dengan parameter yang tidak diketahui "hiero"

Nefertem (/ˈnɛfərˌtɛm/; mungkin bermaksud "sang cantik yang menutup" atau "yang tidak menutup"; juga dieja Nefertum atau Nefer-temu) pada asalnya ialah sekuntum bunga teratai di penciptaan dunia, dalam mitologi Mesir purba, yang muncul daripada perairan azali.[2] Nefertem mewakili cahaya matahari pertama dan bau harum bunga teratai biru Mesir, kerana dia dipercayai timbul daripada perairan azali itu dalam teratai air biru Mesir, Nymphaea caerulea. Beberapa gelaran Nefertem ialah "Dia yang Cantik" dan "Teratai Matahari", dan satu versi Kitab Orang Mati berkata:

Terbitlah seperti Nefertem dari teratai biru, ke rongga hidung Ra (pencipta dan dewa matahari), dan datanglah di ufuk setiap hari.

Nefertem atau Nefertum digambarkan sebagai lelaki berkepala singa (kiri) atau pemuda yang cantik (kanan)

Nefertem dipercayai ialah anak kepada dewa pencipta Ptah, dan dewi Sekhmet dan Bastet kadangkala dikatakan ibunya. Dalam seni, Nefertem biasanya digambarkan sebagai seorang lelaki muda yang cantik dengan bunga teratai biru di kepalanya. Sebagai anak kepada Bastet, dia juga kadang-kadang berkepala singa atau menjelma sebagai singa atau kucing berbaring. Orang Mesir purba sering membawa patung kecil dia sebagai azimat tuah.

Salah satu gambaran Nefertem yang paling terkenal ialah Kepala Nefertem, patung kayu menggambarkan raja muda Tutankhamun sebagai Nefertem dengan kepalanya muncul daripada bunga teratai.

  1. ^ Hart, George (2005). The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses. Routledge. p. 99
  2. ^ Nefertem page at Ancient Egypt: the Mythology retrieved June 21, 2008.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search