Nefertiti

Patung dada Nefertiti yang berada di Muzium Altes Berlin.

Nefertiti (kecantikan telah muncul) ialah Permaisuri Agung, isteri Firaun Amenhotep IV (kemudian bergelar Akhenaten), dan merupakan ibu mertua dan mungkin ibu tiri Firaun Tutankhamun. Baginda juga berkemungkinan memerintah kerajaan dalam waktu singkat dengan nama Neferneferuaten-Nefertiti (bermaksud, Aten memancarkan sinarnya kerana kecantikan telah muncul) setelah suami baginda mangkat dan sebelum bertakhtanya Tutankhamun. Secara kasar, namanya diterjemahkan menjadi "wanita yang cantik (atau sempurna) telah datang, tiba atau muncul". Sebahagian namanya juga bermaksud manik-manik emas yang terjulur panjang, disebut nefer, yang sering dipakainya. Baginda terkenal dengan patungnya, yang sekarang berada di Muzium Altes Berlin, seperti yang kelihatan di sebelah kanan. Patung ini merupakan karya yang banyak ditiru. Patung ini dibuat oleh pengukir bernama Thutmose, dan ditemui di peninggalan tempat dia bekerja. Patung ini menjadi contoh bahawa pada zaman Mesir kuno sudah ada pemahaman wajah realistik.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search