Negara industri baru

Negara industri baru pada 2014 berwarna biru

Kategori negara industri baru (NIB) adalah suatu klasifikasi sosioekonomi digunakan pada beberapa negara di merata dunia oleh ahli sains politik dan ahli ekonomi.

NIB adalah negara-negara yang ekonominya belum mencapai kedudukan Dunia Pertama tetapi telah, dari segi makroekonomi, jauh mengatasi rakan-rakan membangun mereka. Suatu lagi ciri-ciri NIB adalah bahawa negara-negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi pesat (biasanya berorientasikan eksport). Pengindustrian baru atau sedang berjalan adalah suatu tanda sebuah NIB. Dalam banyak NIB, pergolakan sosial boleh muncul apabila penduduk pertanian di luar bandar pindah ke bandar-bandar, di mana urusan pertumbuhan perkilangan dan kilang-kilang dapat menarik beribu-ribu pekerja buruh.

NIB biasanya berkongsi sesetengah ciri-ciri umum lain, termasuk:

  • Kebebasan sosial dan hak awam yang bertambah.
  • Pemimpin politik kuat.
  • Pertukaran dari ekonomi pertanian ke industri, khususnya sektor perkilangan.
  • Ekonomi pasaran yang makin terbuka, membenarkan perdagangan bebas dengan negara lain.
  • Syarikat negara besar beroperasi di beberapa benua.
  • Pelaburan modal kuat dari negara-negara asing.
  • Kepemimpinan politik dalam bidang pengaruh mereka.
  • Kadar kemiskinan yang berkurangan.

NIB sering menerima sokongan dari pertubuhan antarabangsa seperti PPS dan badan sokongan lain. Bagaimanapun, akibat piawai alam sekitar, buruh dan sosial kelihatan lebih lemah dalam NIB, banyak penyokong perdagangan saksama telah menyokong piawai untuk mengimport produk mereka dan mengkritik memberi khidmat luaran pekerjaan pada NIB.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search